Setakat untuk bersilat dengan ROS adalah perkara kecil dan mudah
Sehebat Mana Silat ROS Dengan BERSATU Dan PH ?
Mac 18, 2018 Pendapat
Oleh Hayar Hassan
Berita terbaru yang kita terima yang mungkin mendatangkan sedikit kegelisahan kepada pimpinan dan pendukung PH adalah kata dua Pendaftar Pertubuhan Malaysia (Register Of Societies @ROS) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Dikhabarkan PPBM berkemungkinan besar akan dibatalkan pendaftarannya seandainya gagal untuk mengemukakan beberapa dokumen yang berkaitan dengan perjalanan pentadbirannya kepada ROS.
Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Zahid Hamidi sendiri dikhabarkan menasihati PPBM memenuhi dan mematuhi arahan terbaru ROS itu.
Isyarat telah diberikan bahawa seandainya pendaftaran PPBM benar-benar akan dibatalkan usahlah disalahkan ROS lagi! Semuanya adalah salah PPBM sendiri! Itulah buah silat terbaru yang telah dilepaskan oleh ROS kepada PPBM.
Seandainya pendaftaran PPBM dibatalkan, kelulusan untuk pendaftaran logo PH juga rasanya akan turut terjejas. Itu lah bacaan politik kebanyakan orang ramai, khususnya penganalisa-penganalisa politik tanahair.
Namun demikian, sebagaimana adat dan resam dalam gelanggang pencak silat, lontaran buah silat terbaru ROS itu sepantas kilat telah dapat ditepis dan dialihkan oleh mahaguru silatnya, tidak mengena batang tubuh PPBM, malahan memuncakkan lagi pertarungan silat itu!
Pengerusi PPBM dan juga Pengerusi Pakatan Harapan(PH), Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad segera mengeluarkan kenyataan bahawa PPBM serta PH telah sedia mempunyai Pelan B dan Pelan C seandainya ROS benar-benar menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan surat pembatalan pendaftaran PPBM.
Persoalannya adakah tindakan atau pun keputusan yang bakal dibuat oleh ROS itu tepat dan muktamad?
Dari sudut undang-undang, seandainya ROS benar-benar akan mengeluarkan surat pembatalan itu, PPBM pastinya akan mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi. Oleh yang demikian, ianya bukanlah suatu tindakan yang muktamad, cumanya ianya akan melambatkan lagi proses kelulusan Logo resmi PH. Tentunya ini akan mencapai maksud dan tujuan UMNO/BN untuk menggagalkan penggunaan logo resmi PH dalam PRU 14.
Seperkara lagi, langkah ROS ini akan memburukkan lagi imej Kerajaan UMNO/BN dalam menghadapi PRU 14. Umum akan berpendapat bahawa ini sememangnya sudah dirancang oleh UMNO/BN sebagai suatu strategi menghalang kemenangan PH dalam PRU 14.
Sebelum ini pun Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberikan pandangan bahawa seandainya tiada kelulusan diberikan oleh ROS kepada penggunaan logo resmi PH, PH akan tetap menggunakan hanya satu logo untuk calon-calon PH bertanding dalam PRU 14.
Logo salah satu parti dalam PH akan digunakan. Majlis Presiden PH akan membuat keputusan resmi apabila sampai masanya. Pada dasarnya semua pimpinan parti-parti dalam PH telah bersetuju untuk menggunakan logo salah satu parti dalam PH.
Begitulah hebat dan pantasnya Pengerusi PH memberikan cadangan-cadangan penyelesaian yang sedang dihadapi oleh PH.
Seperti yang kita maklumi, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sosok yang kuat bekerja, pintar,kuat semangat dan cukup berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Apatah lagi pada waktu ini, beliau tidak disibukkan dengan urusan pentadbiran Negara. Beliau boleh menumpukan seluruh tenaga, pemikiran dan waktunya khusus untuk PH.
Setakat untuk bersilat dengan ROS adalah perkara kecil dan mudah. “Perkara gampang Pak”, kata orang Seberang.
Kesimpulannya buah-buah silat yang dilontarkan kepada PH amat mudah untuk ditangkis kerana yang menjadi panglima PH sekarang ini adalah Pendekar Hebat, bukannya sekadar Pendekar Bujang Lapok seperti dalam filem arahan Seniman Agung Negara Allahyarham Tan Sri P. Ramle.-http://ift.tt/2tZSIR4

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HH3ly4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment