LG Dilaporkan Akan Menggunakan Skrin LCD Pada LG G7
Skrin AMOLED adalah antara skrin terbaik yang digunakan pada peranti pintar. Baru-baru ini Samsung Galaxy S9 yang menggunakan skrin AMOLED dinobatkan sebagai peranti dengan skrin terbaik yang berada di pasaran. Walaupun skrin AMOLED adalah skrin yang terbaik, LG dikatakan akan terus menggunakan skrin LCD untuk peranti G7 mereka.
Sebelum ini, LG pernah mengatakan siri G dan V mungkin akan dijenamakan semula jika perlu. Tetapi pada acara MWC 2018 yang lepas LG G7 “Neo” ditemui dengan spesifikasi terkini. Namun begitu, LG G7 tidak dilancarkan kerana LG ingin melakukan pembangunan semula.
Laporan mengatakan LG akan terus menggunakan skrin LCD untuk peranti mereka kerana langkah untuk menjimatkan kos. Ini adalah kerana kos LCD adalah hampir tiga kali ganda lebih murah berbanding AMOLED. Menurut firma IHS Markit, kos LCD iPhone 8 Plus adalah $52 (~RM205) manakala kos AMOLED iPhone X ialah $110 (~RM431).
Malah, peranti terkini LG V30 menggunakan skrin POLED, iaitu skrin OLED yang cuba menandingi AMOLED. Tetapi POLED mempunyai banyak masalah tunaksin seperti yang dapat dilihat pada Google Pixel 2 XL yang menggunakan skrin keluaran LG. Jika ini adalah keputusan muktamad LG, kita mungkin akan lihat harga peranti utama LG yang lebih murah berbanding peranti utama dari pengeluar lain.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ICtlfA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment