Hi! Welcome Back and Stay Tune! Beraya rumah Dr. Mahathir pun ada yang marah ke? - video inside - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Beraya rumah Dr. Mahathir pun ada yang marah ke? - video inside

‘Saya akan pergi rumah Mahathir raya nanti’
JANATUL FIRDAUS YAACOB 18 MAC 2018
Tan Sri Rais Yatim - Foto: ROSLI TALIB

SHAH ALAM - “Raya Aidilfitri nanti saya akan ke rumah Tun Dr Mahathir Mohamad makan lemang, kalau nak marah dengan saya, marahlah, demikian ungkapan  Penasihat Sosiobudaya Budaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.

Menurut Rais, sebelum beraya ke rumah bekas Perdana Menteri keempat itu, beliau akan berkunjung ke rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.

Bekas menteri kabinet itu turut mendedahkan bahawa sebelum ini beliau ditegah untuk berkunjung ke rumah Tun Dr Mahtahir ketika negara di bawah pimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Dulu saya di tegah untuk pergi ke rumah Tun Mahathir masa itu Pak Lah berkuasa. Trend itu juga timbul, ia membawa sifat politik yang membelahkan kesatuan pada hari-hari mulia seperti itu, sedangkan kita orang Islam harus akur kepada asas agama,” katanya ketika sesi Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini Rais  pernah menzahirkan rasa sedihnya apabila hanya sebilangan kecil pemimpin negara menziarahi pengebumian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid hanya kerana perbezaan politik.

Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata, Allahyarham Sanusi adalah kawan kepada semua menteri yang ada dalam kabinet sekarang.

“Sanusi bekas setiausaha agung Umno, bekas menteri besar Kedah, menteri pertanian dan juga menteri pembangunan luar bandar jadi sahabat beliau ada beratus-ratus dalam kerajaan sekarang.

“Jadi apabila sampai saya dapati dan tanya kawan-kawan tak ada rakan lama yang hadir ini mengejutkan saya kerana tak ramai kawan-kawan lama sampai,” keluhnya.

Menurut Rais, sepatutnya inilah masanya kita mengetepikan perbezaan politik.

“Kita harus sama-sama mengucapkan selamat tinggal kepada seorang yang telah berjasa.

“Tetapi trend di negara kita ini,  bila sudah berbeza pendapat, seseorang itu tidak lagi bersama dengan pemikiran mereka maka dianggap bukan lagi kawan.Tak baik buat begitu kerana yang tentukan itu ALLAH bukannya manusia,” tegur beliau.

Beliau mengingatkan bahawa dalam urusan kahwin ,sakit, lahir, meninggal dunia, sahabat tak boleh putus.

“Kalau ini tidak dapat dipegang oleh kawan-kawan dalam mana parti poitik sekali pun tolong kembali kepada harkat yang sebenar.

“Kita hidup dalam pegangan Islam, hanya kerana berbeza ideologi politik, hubungan silaturrahim tidak wajar diputuskan begitu saja,” kata Rais.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FKpX4o

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.