Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘kingmaker’ atau 'joker'? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘kingmaker’ atau 'joker'?

PAS akan jadi ‘kingmaker’ dalam PRU14, kata Hadi
Kamles Kumar, Mohd Farhan Darwis · Diterbitkan pada 17 Mar 2018 11:55PM
Kata Hadi, semua parti tak boleh tubuh kerajaan tanpa datang berjumpa dengan PAS terlebih dahulu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Mac, 2018.

PAS berhasrat untuk menjadi “kingmaker” (penentu) untuk mana-mana parti yang ingin menubuhkan kerajaan di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, parti Islam itu akan memain peranan penting sama ada untuk Barisan Nasional (BN) atau pun Pakatan Harapan.

Sekiranya parti Islam itu gagal membentuk kerajaan, mereka akan menjadi penasihat kepada kerajaan yang memerintah supaya melaksanakan perubahan dalam pemerintahan negara, ujar Hadi.

“Semua parti tak boleh tubuh kerajaan, (mereka) kena jumpa kita (dahulu),” katanya ketika berucap dalam ulang tahun ke-10 PAS dalam pentadbiran Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Dilaporkan rundingan kerusi PH Selangor setakat minggu ini memutuskan PKR akan bertanding sebanyak 19 kerusi DUN daripada 56 kerusi, manakala Amanah sembilan kerusi dan Bersatu pula hanya tujuh kerusi.

Enam kerusi masih belum selesai dirunding iaitu Lembah Jaya, Seri Serdang, Sungai Panjang, Kota Damansara, Dusun Tua dan Sungai Burong.

“Kita tidak pelahap, sekiranya kita menang kita buat perubahan, sekiranya kita tidak menang kita jadi penasihat kepada kerajaan supaya buat perubahan. 

“Kita tidak jemput negara dan kuasa asing untuk campur tangan urusan politik negara kita, ada parti tidak berani tetapi kata berani. Nak lawan Barisan Nasional (BN) minta tolong orang luar, media asing dan pihak asing,” kata Hadi menambah bahawa PAS perlu menang sebanyak mungkin kerusi di Selangor untuk tujuan itu.

Pada Himpunan Fastaqim 2.4 di Shah Alam, 22 Januari lalu, Beliau menegaskan keyakinannya apabila mengumumkan PAS akan bertanding 130 kerusi Parlimen “sekurang-kurangnya untuk dapat majoriti mudah,” selain mensasarkan untuk menang 40 kerusi.
Bayang seorang kanak-kanak yang sedang berlari kelihatan disebalik deretan bendera PAS di Stadium JKR Shah Alam tempat di mana majlis sambutan ulang tahun ke-10 PAS dalam kerajaan Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 17 Mac, 2018

Ahli Parlimen Marang itu berkata, parti itu juga akan berusaha menjadi “penentu” atau mendapatkan majoriti mudah dalam PRU14 akan datang.

"Kita berusaha sekurang-kurangnya dapat ‘simple majority’… kalau tak ‘simple majority,’ dapat banyak kerusi yang menjadikan kita ‘kingmaker’,” katanya.

Tambah Hadi lagi, PAS juga akan bertanding pilihan raya kali ini bersama Gagasan Sejahtera menentang Pakatan Harapan dan BN serta bersedia berhadapan lebih dua penjuru.

“PAS akan hadapi pilihan raya bersama rakan Gagasan Sejahtera ini secara bersendirian. PAS akan menentang BN dalam pilihan raya ini menentang PH dan menentang berapa penjuru pun kita akan lawan kerana kita ada pendekatan tersendiri,” tegas Hadi di hadapan lebih 1,000 penyokong parti itu yang berhimpun di Stadium JKR sejak 6.30 petang tadi.

“PAS tidak takut hadapi banyak penjuru kerana kita yakin kebenaran yang kita tegakkan dapat kebenaran Allah dan diterima rakyat.”

Gagasan Sejahtera dijangka akan mengumumkam manifesto pilihan raya mereka di Cyberjaya, esok. – 17 Mac, 2018.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FLSKp4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.