Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASRock Hadir Dengan Video Acah Untuk Siri Kad Grafik “Phantom Gaming” Terbaru Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASRock Hadir Dengan Video Acah Untuk Siri Kad Grafik “Phantom Gaming” Terbaru Mereka

ASRock ialah sebuah jenama pembuat perkakasan komputer yang cukup terkenal, terutama sekali untuk papan-papan induk mereka. Terkini, mereka dilihat bakal memasuki pasaran kad grafik pula yang boleh dilihat melalui video acah mereka yang terbaru.

Melalui video acah ini, siri kad grafik ASRock ini dinamakan ASRock Phantom Gaming, dan walaupun tidak banyak butiran yang hadir mengenainya, laporan-laporan daripada laman web seperti DigiTimes, WCCF Tech dan sebagainya menyatakan bahawa terdapat kebarangkalian besar bahawa ia berdasarkan siri kad grafik AMD RX Radeon.

Video acah tersebut juga menunjukkan sedikit rekaan kad grafik ini, yang hadir dengan rekaan warna hitam dan putih, penggunaan dua slot pengembangan dan menggunakan dua bilah kipas dan satu sahaja palam kuasa PCIe.

ASRock juga masih belum mengumumkan lagi tarikh pelancaran kad grafik ini, jadi bagi mereka yang berminat inginkan kad grafik dengan rekaan warna monochrome, mungkin anda boleh menunggu kehadiran kad grafik ini sebelum membuat sebarang keputusan untuk membina komputer baru.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GFHqbw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.