Hi! Welcome Back and Stay Tune! Enjin Jet Terbesar Di Dunia General Electric GE9X Berjaya Menjalani Ujian Penerbangan Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Enjin Jet Terbesar Di Dunia General Electric GE9X Berjaya Menjalani Ujian Penerbangan Pertama

De Havilland Comet melakukan penerbangan pertamanya pada tahun 1949. Ia adalah pesawat penumpang pertama yang menggunakan enjin jet sekaligus mengubah dunia penerbangan komersial. Selepas hampir 70 tahun, enjin jet untuk kapal terbang kini akan berevolusi sekali lagi dengan General Electric GE9X. Ia adalah enjin jet terbesar pernah dihasilkan.

Enjin ini mempunyai diameter yang hampir sebesar diameter kabin pesawat Boeing 737. Ujian penerbangan pertama menggunakan enjin ini berjalan dilakukan minggu lalu di Victorville, California. Dalam penerbangan selama empat jam, pelbagai sistem fungsi enjin berjaya dilakukan. Sebuah Boeing 747 digunakan sebagai pesawat ujian dengan tiga enjin biasa yang menunjukkan perbezaan saiz yang ketara. Sepasang GE9X akan digunakan pada Boeing 777X apabila ia memulakan operasi kelak.

Enjin ini mampu menghasilkan tujahan sebanyak 105,000 lbs yang lebih tinggi berbanding 78,000 lbs yang dijana roket Mercury Redstone yang menghantar angkasawan Amerika pertama ke angkasa lepas. Ini ialah ujian awal dengan sasaran ujian pensijilan dilakukan pada tahun 2019.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2G82gCy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.