Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1 Dikhuatiri Lemas, 7 Selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1 Dikhuatiri Lemas, 7 Selamat



SEORANG dikhuatiri lemas, manakala tujuh terselamat selepas feri pengangkut barang terbalik lalu karam di Sungai Pandan, Bintulu, 12.30 malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohamad Meramit berkata, mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Mohd Dzulhiqmi Delphen, 23, berasal dari Kampung Burung, Jalan Bakawali, Lahad Datu.

"Ketika kejadian, feri terbabit yang turut membawa empat lori yang sarat dengan muatan sawit itu, dikatakan baru sahaja berlepas dari pengkalan feri Ladang Sungai Pandan menuju ke Jeti Sungai Pandan, dan karam lalu terbalik sebelum sampai ke seberang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, kesemua lori yang sarat dengan muatan sawit itu turut tenggelam ke dasar Sungai Pandan. Katanya, tujuh penumpang yang berada dalam feriberkenaan menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini bertumpu kepada gerakan mencari mangsa di kawasan radius 30 hingga 50 meter dari lokasi feri berkenaan karam. Usaha pencarian yang bermula dari awal pagi tadi telah menggunakan teknik pencarian di kawasan permukaan sungai," katanya.

Beliau menambah, siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan feri berkenaan karam.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HL8fhq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.