Pembedahan Pemindahan Zakar Dan Skrotum Berjaya Dilakukan
Organ manusia pertama yang berjaya dipindahkan ialah ginjal. Pembedahan pemindahan pertama yang berjaya dilakukan pada tahun 1954. Ini diikuti oleh hati, jantung, paru-paru, tangan, wajah dan uterus. Pada bukan Mac yang lalu, pembedahan pemindahan zakar dan skrotum akhirnya berjaya dilakukan di Johns Hopkins University, Amerika Syarikat.
Penerima organ ini ialah seorang veteran perang Afghanistan yang mengalami kecederaan teruk pada bahagian zakar ketika di perbatasan. Pembedahan organ dilakukan pada 26 Mac lalu melibatkan sembilan pakar pembedahan plastik dan dua ahli urologi. Proses pemindahan organ ini mengambil masa 14 jam. Pihak Johns Hopkins University optimistik pesakit akan pulih sepenuhnya dan dapat menggunakan organ seksual baru beliau.
Sungguhpun begitu bahagian testis tidak dipindahkan dan pesakit ini tidak akan mampu menghasilkan zuriat. Dengan kejayaan ini pihak universiti berharap dapat mengembalikan semula fungsi seksual dan perkumuhan ke tahap normal kepada individu yang mengalami kecederaan organ seksual yang teruk. Bagi kaum wanita pula, pembedahan pemindahan uterus sudah berjaya dilakukan di Turki sejak 2011 dengan penerima uterus berjaya mendapatkan zuriat.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HIf7Mu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment