Lim Kit Siang Pertahankan Kerusi Iskandar Puteri
23 APRIL: Sudah dijangka Lim Kit Siang akan mempertahankan kerusi parlimen Iskandar Puteri yang sebelum ini adalah Gelang Patah.
Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam majlis kutipan dana bagi parlimen Iskandar Puteri.
“Dengan sukacita saya sebagai setiausaha agung mengumumkan, Jawatankuasa Eksekutif Pusat dengan sebulat suara membuat keputusan memilih calon yang boleh membawa kita kepada kemenangan.
“Saya umumkan untuk Iskandar Puteri, saudara Lim Kit Siang,” kata Guan Eng yang menerima tepukan gemuruh hadirin.
Kit Siang sebelum ini beberapa kali menyatakan keutamaannya adalah mempertahankan kerusi yang disandangnya namun masih terbuka untuk bertanding di tempat lain jika diperlukan partinya.
Terdahulu, The Star melaporkan bahawa Kit Siang dijangka bertanding di Johor Bahru.
Terdapat juga spekulasi mengatakan beliau akan bertanding di Pulau Pinang.
Dalam PRU lalu, Kit Siang mengalahkan bekas menteri besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qViGoQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment