Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tian Chua Akan Keluar PKR Kerana Kecewa Dengan Azmin? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tian Chua Akan Keluar PKR Kerana Kecewa Dengan Azmin?





Tian Chua dispekulasikan akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam PKR sebentar lagi.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dicantas.

Terdapat cuba spekulasi ketegangan makin memuncak dalam PKR antara kumpulan Azmin dan Naib Presiden Rafizi Ramli.

Tian Chua dijadual membuat sidang media berkaitan perkara itu dalam sidang media di sebuah restoran Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini beliau hanya berkata tidak tahu apa-apa berkaitan dakwaan krisis dalaman yang dilaporkan The Star.

Bagaimanapun, katanya: “Mungkin sebahagiannya benar”.

Ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatan, ikon reformasi itu menjawab: “Kelu”.

Sementara itu, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa pemimpin-pemimpin parti harus menghormati hak presiden untuk membuat keputusan muktamad.

The Star melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak lapan nama yang dimajukan Azmin sebagai calon di Selangor.

Tian Chua antara disebut-sebut bakal digugurkan, selain pegawai Azmin sendiri, Hilman Idham.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HGssoD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.