Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Robot Untuk Kegunaan Dalam Kediaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon Dilaporkan Sedang Membangunkan Robot Untuk Kegunaan Dalam Kediaman

Amazon merupakan salah satu syarikat e-dagang yang terbesar di dunia, dan mempunyai pelaburan yang tinggi dalam pembangunan teknologi. Terkini, menurut Bloomberg, syarikat e-dagang berkenaan turut sedang dalam proses membangunkan sebuah robot khusus untuk digunakan dalam kediaman.

Pembangunan robot khusus ini dijangka memperluaskan lagi penggunaan Alexa. Ia dikatakan tujuan utama robot berkenaan masih menjadi persoalan, tetapi ia dijangka mengikuti pengguna di rumah dalam membantu mereka melalui penggunaan teknologi Alexa, serta beberapa ciri tambahan yang lain.

Projek pembangunan robot in dikatakan dikenali sebagai “Vesta“, dan berkemungkinan ia diuji dikalangan pekerja Amazon pada penghujung tahun ini. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin melihat penawaran awam robot berkenaan pada 2019 kelak.

Seperti ramai sedia maklum, bukan Amazon sahaja yang sedang membangunkan robot untuk membantu pengguna. Sebelum ini, Asus turut telah memperkenalkan robot mereka dinamakan Zenbo, namun masih belum dipasarkan meluas sehingga ke hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HohJvy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.