Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM Terdesak Hingga Sanggup Balas Dendam - Bekas Ahli DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM Terdesak Hingga Sanggup Balas Dendam - Bekas Ahli DAP





SHAH ALAM: Bekas ahli DAP Shamsher Singh Thind menyifatkan PPBM sebagai terdesak apabila sanggup 'mengupah' peguamnya mewakili sekumpulan ahli Umno menfailkan semakan kehakiman bagi membubarkan parti itu.



Katanya, parti bunga itu bukan sahaja dilihat mempergunakan 16 individu berkenaan, malah sengaja mencetuskan persepsi buruk kepada Umno dan badan kehakiman negara.



Ujarnya, kes kehakiman yang cuba dibawa itu dijangka akan ditolak berikutan melanggar Perlembagaan Umno dan Akta Pertubuhan 1966.



“Ini kerana, 16 orang ahli Umno berkenaan hilang ‘locus standi’ untuk memfailkan semakan kehakiman kerana mereka hilang keahlian dengan serta-merta menurut klausa 20.7 Perlembagaan Umno,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya semalam.



Berdasar peruntukan itu, jelas pengamal undang-undang itu, seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya.



“Oleh itu, mereka sekarang adalah bekas ahli Umno. Maka mereka hilang ‘locus standi’ untuk membuat tuntutan di atas (membubarkan Umno).



“Kedua, menurut Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa permohonan tentang keputusan yang dibuat parti politik berkenaan hal ehwal parti.



“Takkan peguam Dr. Mahathir (Haniff Khatri Abdulla) tidak tahu semua ini? Saja nak fail lah tu. Dan bila mahkamah menolak kes ini, macai-macai Pakatan akan kata hakim bodoh, hakim dedak, hakim kayu dan lain-lain,” ujarnya.



Hari ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan 16 individu yang memfailkan semakan kehakiman tersebut telah dipecat serta merta berkuat kuasa hari ini.



Reaksi menyusul pemecatan itu, peguam PPBM yang mewakili mereka Haniff Khatri Abdulla berkata selain memohon pembubaran Umno, 16 individu berkenaan akan memfailkan prosiding menghina dan mencabar pemecatan mereka.



Semalam, 16 individu itu memfailkan semakan kehakiman bagi memohon Umno dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan sejak 2013.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HJTbAK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.