Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sistem Kotak Tikam – Baik Atau Buruk Untuk Industri Permainan Video? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sistem Kotak Tikam – Baik Atau Buruk Untuk Industri Permainan Video?

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu oleh Izzat Aziz. Ikuti Aksiz untuk pelbagai info dan berita permainan video semasa.

Berdasarkan laporan oleh Juniper Research sistem kotak tikam dan juga jual beli kostum akan menjana pendapatan sebanyak $55 Bilion menjelang tahun 2022 dan itu adalah satu jumlah yang besar dan semestinya menjadi pendorong kepada pembangun permainan untuk memasukkan sistem ini ke dalam permainan mereka.

Pada awalnya sistem ini banyak digunakan di permua dan sehingga sekarang pendapatan permua adalah banyak dijana melalui sistem kotak tikam dan juga mikro-transaksi. Sekarang pembangun-pembangun permainan untuk platform lain turut mula menggunakan sistem ini termasuk juga pembangun permainan AAA.

Contoh paling mudah adalah EA, walaupun EA mendapat kritikan sehingga mereka mengubah sistem kotak tikam untuk permainan Star Wars: Battlefront II tidak bermaksud sistem kotak tikam akan kurang digunakan kerana permainan EA yang lain terutama FIFA masih menjana pendapatan yang banyak melalui sistem ini, oleh kerana itu kami tidak merasa yang EA ataupun pembangun-pembangun yang lain akan meninggalkan sistem ini.

Sebelum kita berbincang mengenai kebaikan dan keburukan sistem kotak tikam, terlebih dahulu kita harus tahu apakah jenis-jenis kotak tikam yang ada di dalam permainan video sekarang.

Jenis-Jenis Kotak Tikam

Kotak tikam yang mengandungi barangan kosmetik sahaja, contoh paling popular semestinya adalah Overwatch. Kostum-kostum untuk watak-watak di dalam Overwatch adalah sangat menarik dan Blizzard juga sering menganjurkan acara sementara yang turut menambah kostum khas untuk sementara waktu.

Kotak tikam yang mengandungi watak ataupun kandungan permainan itu sendiri, contoh yang mudah adalah FIFA oleh EA dan Hearthstone oleh Blizzard (sekali lagi). Melalui FIFA Ultimate Team (FUT) pemain harus membuka pek yang mengandungi pemain-pemain bola, kontrak, dan pelbagai lagi barangan yang boleh digunakan di dalam permainan, manakala Hearthstone yang merupakan permainan kad, setiap pek mengandungi kad yang boleh digunakan.

Kotak tikam yang mengandungi barangan untuk meningkatkan keupayaan pemain. Di dalam banyak jenis kotak tikam, jenis ini adalah paling bermasalah dan semestinya menjadi sebab utama Star Wars: Battlefront II mencetus kontroversi. Sebelum EA menukar jenis kotak tikam Battlefront II kepada kosmetik sahaja, kotak tikam digunakan untuk meningkatkan keupayaan sesuatu watak di dalam permainan dengan mendapatkan kad yang berkaitan.

Kebaikan Kotak Tikam

Untuk bercakap mengenai kebaikan kotak tikam kita seharusnya melihat kenapa sistem ini ada, iaitu untuk dijadikan sebagai sumber kewangan secara pasif. Pembangunan permainan video tidak murah, terutama untuk permainan AAA. Dengan adanya sistem kotak tikam mereka dapat menjana pendapat yang lebih walaupun jualan untuk permainan itu sendiri tidak memberikan keuntungan yang tinggi. Tambah lagi permainan yang percuma, kotak tikam mungkin satu-satunya sumber pendapatan.

Oleh kerana sistem ini juga menjana pendapatan walaupun permainan sudah lama dikeluarkan, ini juga boleh membantu untuk pembangun mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan permainan yang baru agar dapat memastikan kualiti permainan tersebut. Perkara ini pernah dikatakan oleh CD Projekt Red yang mengatakan permainan kad mereka GWENT jika dapat menghasilkan pendapatan yang tetap, keuntungan tersebut akan digunakan untuk menghasilkan permainan seperti The Witcher dan Cyberpunk 2077.

Sistem kotak tikam juga mempunyai kebaikan untuk pemain iaitu dengan menggunakan sistem ini kos untuk mendapatkan sesuatu barangan seperti kostum mungkin akan menjadi lebih murah, contohnya untuk Overwatch bagi mendapatkan 5 kotak tikam pemain harus membayar RM20 di dalam 5 kotak tikam ini pemain kemungkinan akan mendapat lebih dari satu kostum, berbeza dengan kostum untuk Liga Overwatch di mana pemain boleh membeli satu kostum secara terus dengan harga RM20.50.

Keburukan Kotak Tikam

Warna ada hitam dan putih, yang baik ada juga keburukan tambah lagi apabila bercakap mengenai sistem kotak tikam. Bagi sistem ini keburukan utama adalah bagaimana ia beroperasi. Walaupun kotak tikam yang sekadar mengandungi barangan kosmetik tetapi tetap menjadi masalah kerana operant conditioning. Jika anda ingin membaca penuh mengenai operant conditioning, anda boleh merujuk kepada pautan wikipedia ini akan tetapi dengan ringkas sistem kotak tikam beropreasi dengan mempengaruhi tingkah laku pemain iaitu apabila pemain melakukan sesetengah aktiviti (membuka kotak tikam), pemain akan diberikan hadiah (kostum).

Operant conditioning sentiasa ada di dalam permainan, contohnya jika pemain bertempur dengan kerap, pemain akan meningkatkan tahap kemahiran watak mereka dengan pengulangan membuat sesuatu dan mendapat hasil ini yang menjadikan kitaran untuk sesuatu permainan, sebagai contoh Monster Hunter World adalah permainan yang menggunakan operant conditioning di dalam teknik permainan dan ia sesuatu yang bagus sehinggalah pemain menjadi ketagih. Kitaran ini menjadi masalah apabila melibatkan kotak tikam yang boleh dibeli menggunakan wang ringgit.

Walaupun permainan yang sekadar mengandungi kosmetik seperti Overwatch, pemain masih akan dapat melihat pemain lain yang mendapat sesetengah kostum dan pada masa sama setiap kali peringkat pemain meningkat akan diberikan satu kotak tikam untuk dibuka, secara perlahan ini akan mempengaruhi pemain untuk mendapatkan lebih banyak kotak tikam sekadar untuk melepaskan perasaan keseronokan membuka kotak tikam tersebut dan juga diberi sedikit harapan untuk mendapatkan kostum yang diinginkan.

Selain itu sistem kotak tikam turut menjadikan pembangun tidak memfokuskan pembangunan untuk mencipta kandungan baru yang berkualiti, sebaliknya hanya menambah serba sedikit agar membuatkan pemain lebih tertarik untuk membeli kotak tikam. Oleh kerana mereka terus membuat keuntungan melalui kotak tikam tiada motivasi untuk pembangun terus berusaha untuk membawa sesuatu yang baru. Akhirnya industri mungkin dipenuhi permainan yang sama untuk jangka masa yang lama dan tiada variasi.

Tambahan sistem kotak tikam juga akan memberi kesan kepada teknik permainan. Teknik permainan di reka agak menjadi lebih sukar jika tidak berbelanja untuk membeli kotak tikam. Walaupun permainan sudah dibeli dengan harga penuh akan tetapi untuk mendapat sepenuhnya perlu berbelanja lebih lagi. Kebiasaan pembangun akan memberikan alasan jika tidak ingin berbelanja pemain harus bermain untuk masa yang lama, tetapi terpaksa bermain masa yang lama untuk sesuatu yang harus diperoleh dengan cepat adalah satu rekaan teknik permainan yang tidak baik dan tidak sihat.

Sistem kotak tikam juga menjadi punca kepada perkara-perkara tidak baik dalam permainan video yang lain. Contoh terdekat adalah judi, ada beberapa permainan yang membenarkan barangan yang mereka peroleh dijual di luar permainan menggunakan mata wang yang betul seperti CS:GO. Baru-baru ini Netherland Gaming Authority membuat laporan yang permainan yang mempunyai sistem kotak tikam yang barangan di dalamnya boleh dijual di luar permainan sebagai satu perjudian dan harus dibuang dari permainan. Jika perkara ini tidak dibendung ia boleh mencetus perkara yang tidak sihat di dalam industri permainan video.

Selain itu sistem kotak tikam juga akan mendorong untuk pemain menipu. Masalah utama di dalam PUBG yang sering dikritik oleh pemain adalah terlalu ramai orang yang menipu. Walaupun PUBG Corp sedaya upaya untuk mengharamkan pemain yang bersalah akan tetapi mereka sentiasa mendapat cara untuk kembali semula. Salah satu punca mengapa PUBG mempunyai masalah penipu adalah kerana sistem kotak tikam yang ada di dalam permainan tersebut. Ramai yang cuba untuk mendapatkan secepat mungkin barangan yang sukar untuk didapati agar dapat dijual dengan harga yang mahal. Ramai pemain yang meminta agar PUBG membuang sistem kotak tikam ini agar tidak mencipta dorongan untuk pemain menipu akan tetapi sudah semestinya ia bukan satu perniagaan yang baik untuk PUBG Corp.

Rumusan

Jika ingin kami rumuskan, sistem kotak tikam lebih membawa keburukan dan kebaikan yang di bawa hanyalah keuntungan kepada pembangun dan juga penerbit permainan video. Kebaikan kotak tikam untuk pemain terlalu sedikit. Jika boleh sistem kotak tikam seharusnya dibuang sepenuhnya,mengeksploitasi sifat manusia melalui operant conditioning adalah tidak baik kerana ia dapat membuatkan permain ketagih. Jika ketagih bermain permainan video bukan sesuatu yang baik, inikan lagi ketagih untuk membeli kotak tikam agak mereka dapat merasa keseronokan membuka sesuatu yang pada asasnya sekadar tidak mempunyai nilai.

Walaupun ada pelbagai contoh pembangun yang tidak menggunakan sistem kotak tikam sebaliknya menghasilkan permainan yang baik ia tetapi dijual dengan baik dan menguntungkan seperti The Witcher 3 oleh CD Projekt Red yang walaupun sudah lama dikeluarkan akan tetapi hasil jualan masih memberangsangkan bahkan melebihi permainan yang baru sahaja dikeluarkan akan tetapi itu agak mustahil dengan keadaan industri sekarang. Pembangun masih berlumba-lumba untuk mendapatkan pulangan dengan cepat dan mudah dan apabila mereka menjumpainya mereka akan sekadar memfokuskan kepada itu.

CD Projekt Red sendiri mula menggunakan sistem kotak tikam melalui permainan kad mereka iaitu GWENT akan tetapi mereka mengatakan yang CD Projekt Red akan terus menghasilkan permainan yang baik dan tidak langsung akan dikesani oleh sistem kotak tikam, bahkan mereka mengatakan ingin meninggalkan ketamakan kepada pembangun lain. Selama mana mereka akan terus begitu kita harus tunggu dan lihat.

Bagi kami sistem kotak tikam adalah tidak baik untuk permainan video akan tetapi sistem ini akan terus ada dan di sinilah anda sebagai pemain harus menjadi pemain yang lebih bertanggungjawab. Agak mudah untuk kita menyangka kritikan ke atas permainan yang kita gemari akan tetapi jika permainan tersebut sangat mencekik pemain, kita seharusnya bersuara dan memastikan pembangun sedar mereka membuat kesilapan. Jika kita sentiasa membiarkan dengan alasan seperti “barangan kosmetik sahaja”, “tak wajib pun beli” ia mungkin akan membawa kepada sesuatu yang lebih serius kerana pembangun akan menganggap pemain tidak kisah dengan sistem ini.

Apa pendapat anda? Adakah sistem kotak tikam baik atau buruk industri permainan video? Walaupun kami sudah berfikir lama, kami tidak dapat mencari lebih banyak perkara yang baik mengenai kotak tikam, jika anda ada kongsinya di ruangan komen di bawah.

Artikel ini telah diterbitkan di Aksiz terlebih dahulu oleh Izzat Aziz. Ikuti Aksiz untuk pelbagai info dan berita permainan video semasa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HnA8sn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.