Rekaan LG G7 ThinQ Tertiris Sepenuhnya
Peranti LG G7 ThinQ dijangka dilancarkan awal bulan Mei ini selepas beberapa kali tertiris ke arena web. Sebelum ini imej pengelokan rasmi yang tertiris hanya mendedahkan rekaan panel hadapan. Hari ini rekaan peranti dari kesemua sudut telah sekali lagi ditiriskan oleh @evleaks.
Skrin bertakuk peranti dipadankan dengan panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Butang kuasa dan suara terletak pada sisi kiri manakala sebuah butang misteri terletak pada sisi kanan. Ini dipercayai adalah butang khas untuk melancarkan pembantu maya Google Assistant. Pada bahagian bawah masih terdapat bicu audio, port pengecasan dan kekisi audio.
LG G7 ThingQ dipercayai akan dilengkapi skrin 6″, dijan pemproses Snapdragon 845, memori sehingga 6GB RAM dan bateri sebesar 3000 mAh. Diharap dengan pelancarannya kelak peranti ini akan memasuki pasaran tempatan dengan lebih pantas.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HJgQBk
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment