Hi! Welcome Back and Stay Tune! Puad Zarkashi Tetap Tabah Walaupun Nama Tidak Dicalonkan Untuk PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Puad Zarkashi Tetap Tabah Walaupun Nama Tidak Dicalonkan Untuk PRU14





BATU PAHAT - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi tetap tabah walaupun tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu yang dijadualkan mengadakan sidang akhbar pada tengah semalam tetapi membatalkannya, beliau semalam menyampaikan sumbangan ke beberapa sekolah.

“Hari ini walaupun tidak dicalonkan semula (untuk Pru-14 tetapi) tetap tabah ke 15 buah sekolah menyampaikan sumbangan RM6,000 kepada setiap Kelab Bilik Guru (Kebiru).

“(sumbangan disampaikan kepada) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sempurna, SK Seri Rengit, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sardon, SMK Permata Jaya dan SK Seri Mutiara.

“Termasuk di SK Seri Belahan, SK Seri Merlong, SK Setia Budi, SK Seri Ladang, SK Perpat, SK Rejo Sari, Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) SMPC Chong Hwa Rengit dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa Rengit di sini,” katanya dalam entri terbaharu Facebooknya semalam.

Semalam menerusi satu kenyataan yang tular dalam media sosial, Mohd. Puad menyatakan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jasa pada Khamis ini.

Beliau yang kalah pada PRU-13 semasa mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat turut mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Batu Pahat dan DUN Seggarang.

Kenyataan tersebut dikeluarkan dipercayai mempunyai kaitan apabila namanya tidak dicalonkan untuk PRU-14 yang diumumkan BN Johor pagi semalam.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JnxuUf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.