Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelayar Google Chrome Android Kini Boleh Ditambahkan Pada Pelancar Daydream VR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelayar Google Chrome Android Kini Boleh Ditambahkan Pada Pelancar Daydream VR

Daydream adalah platform realiti maya oleh Google. Daydream juga hanya boleh digunakan pada dua belas peranti rasmi yang diiktiraf sebagai Daydream-ready Phones dengan aksesori fizikal realiti maya yang menyokong Daydream View.

Penggunaan Daydream masih lagi terhad, kerana pengalaman realiti maya yang ditawarkan adalah sedikit berbeza dengan platform realiti maya biasa. Terkini, pelayar web Google Chrome versi 66 boleh ditambah pada pelancar Daydream VR. Pengguna akan menerima kemaskini ini secara berperingkat atau boleh menuat turun menerusi APKMirror.

Dengan sokongan ini, pengguna boleh menggunakan pelayar web Chrome dalam mod realiti maya dan pengalaman seakan menggunakan hologram JARVIS dari filem Iron Man.

Antara peranti yang menyokong Daydream secara rasmi adalah Porsche Design Mate 9, Mate 9 Pro, Moto Z Force, Moto Z, Axon 7, semua telefon pintar siri Pixel, Moto Z2 Force, Samsung Galaxy S8/S8+/Note 8, LG V30, Zenfone AR dan akan datang Galaxy S9/S9+. Jika anda memiliki peranti-peranti ini dan turut mempunyai aksesori fizikal realiti maya yang menyokong Daydream anda boleh mula cuba hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HVCpMl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.