Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lakukan 4 Perkara Ini Untuk Hilangkan Rasa Tidak Semangat Dan Tubuh Lesu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lakukan 4 Perkara Ini Untuk Hilangkan Rasa Tidak Semangat Dan Tubuh Lesu

Bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan, kita mestilah melakukan beberapa perkara yang sebenarnya tidak sukar untuk dilakukan. Dari mulalah mengubah gaya hidup dengan memilih makanan yang betul.

Berikut adalah cara-cara untuk anda memulakan gaya hidup yang sihat supaya badan sentiasa bertenaga, tidak lesu dan penuh semangat.

Pola pemakanan

Bagi anda yang bekerja sepanjang hari dan kerap lupa makan, ini adalah perkara yang tidak sukar dilakukan. Pastikan jenis makanan anda ke dalam badan anda. Bukan itu sahaja, pemilihan masa makan juga penting. Cuba jangan makan apabila anda sudah mahu tidur. Begitu juga untuk anda yang sedang diet. Ketahulah, diet yang betul adalah untuk mengawal pengambilan makanan, bukan masa makan ya.

Tidur mencukupi

Ini adalah salah satu perkara yang kelihatan sukar tetapi sebenarnya mudah. Ramai yang mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam, walaupun badan rasa letih setelah sibuk di siang hari, atau gaya hidup yang kurang tepat.

Salah satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik adalah dengan menjauhkan diri dari tv dan telefon pintar anda sewaktu anda tidur. Sekiranya sukar untuk mendapatkan tempoh lapan jam sehari, sekurang-kurangnya anda masih ada tidur berkualiti dengan tempoh semaksimum yang mungkin.

Fikiran positif

Berbunyi remeh, tetapi sangat berpengaruh terhadap kesihatan. Banyak kajian mengatakan bahawa beberapa penyakit timbul daripada pemikiran berlebihan. Inilah yang anda harus elakkan.

Berkumpul bersama orang yang mempunyai pengaruh yang baik dan boleh membuat anda terus berfikir secara positif. Oleh itu, risiko penyakit yang timbul dari pemikiran negatif dapat dikurangkan.

Kerap bersenam

Luangkan masa untuk bersenam, sekurang-kurangnya satu hari seminggu. Selain mampu menyihatkan badan, bersukan memberikan kesan gembira apabila dilakukan.

Terutamanya jika anda memilih jenis sukan dengan iringan muzik dan penuh pergerakan baru yang tidak membosankan. Contohnya piloxing atau zumba. Untuk mendapatkan latihan yang betul.

Sumber: Liputan6

The post Lakukan 4 Perkara Ini Untuk Hilangkan Rasa Tidak Semangat Dan Tubuh Lesu appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qSNQNB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.