Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengundi Pokok Sena Mahu Tinggalkan "Gerhana", Kembali Kepada Dacing Biru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengundi Pokok Sena Mahu Tinggalkan "Gerhana", Kembali Kepada Dacing Biru





ALOR SETAR – Pengundi di Parlimen Pokok Sena sebelum ini umpama hidup dalam kegelapan dan hanya disinari dengan cahaya ‘gerhana’ di bawah kepimpinan wakil rakyat pembangkang.

Bagi membuang persepsi 'selamat di bawah pancaran sinar gerhana', Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta agar penduduk di Parlimen itu buka mata dan sedar dari 'kegelapan gerhana' lantas memberi kepercayaan kepada BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Penduduk perlu berani untuk mengubah masa depan mereka dan melihat keupayaan BN yang mampu memberi sinar terang kepada rakyat di kawasan Parlimen itu yang selama ini sepi daripada sebarang agenda pembangunan.

“Janganlah mengulangi kesilapan yang lalu kerana yang rugi nanti adalah rakyat sendiri akibat terpedaya dengan janji bulan dan bintang pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Pokok Sena, semalam.

Program itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Besar Kedah itu turut menambah, jalinan antara pentadbiran, kerajaan negeri dan pusat amat penting demi melancarkan projek pembangunan yang dirancang kerajaan BN tanpa mengira kawasan dan lapisan masyarakat.

“Sokongan dan peranan kerajaan pusat tidak pernah berhenti kepada rakyat Kedah, malah sentiasa berperanan mendengar apa yang diinginkan serta diperlukan rakyat,” katanya. - Kedahnews.com

#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JoJvJ8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.