Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilik kilang emas kerugian RM19,000 premis dipecah masuk - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilik kilang emas kerugian RM19,000 premis dipecah masuk

IPOH: Seorang pemilik kilang emas mengalami kerugian sekitar RM19,000 selepas premisnya dipecah masuk oleh empat lelaki lengkap bertopeng dalam kejadian di Jalan Pasir Puteh, dekat sini pada awal pagi Isnin.

Dalam kejadian sekitar 4 pagi itu, empat lelaki bertopeng dipercayai telah memecah masuk ke dalam kilang emas itu dan mencuri beberapa barangan kemas yang keseluruhannya bernilai sekitar RM19,000.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa yang merupakan pemilik bersama kilang emas berada di rumah, sebelum kemudiannya menerima panggilan berkenaan insiden itu.

"Pengadu berkenaan, menerima panggilan telefon sekitar 4.23 pagi daripada rakan kongsi dan memberitahu bahawa kilang emas mereka di Jalan Pasir Puteh telah dimasuki orang dan setibanya di sana, pengadu bersama bantuan angota polis tiba telah masuk ke dalam premis.

"Mereka kemudiannya mendapati siling dan bumbung di bahagian belakang pecah dan pengadu mengesyaki kesemua pencuri bertopeng masuk melalui siling berkenaan, sebelum melakukan pemeriksaan barang-barang yang hilang di premis itu," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Isnin.

Katanya, antara barangan yang hilang adalah dua peti wang mengandungi wang tunai, tiga utas gelang tangan, tiga utas rantai leher, tiga biji loket dan dua bentuk cincin serta sepasang anting-anting di mana kesemuanya bernilai hampir RM19,000.

Mohd Ali berkata siasatan lanjut mendapati kesemua suspek bertopeng itu memasuki premis melalui bumbung di belakang kilang sebelum memecahkan siling dan terus memasuki ruang pejabat di tingkat bawah untuk mendapatkan wang tunai dan barangan kemas.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya lagi.

Difahamkan, kilang emas yang terletak di Pasir Puteh itu agak dikenali di Ipoh kerana sering menjadi lokasi pilihan bagi tempahan barang kemas mengikut citarasa pelanggan.



Sumber Pemilik kilang emas kerugian RM19,000 premis dipecah masuk

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2JlGI34

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.