Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ditindih Motor Masuk Parit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ditindih Motor Masuk Parit



Dua lelaki cedera termasuk seorang ditindih motosikal yang ditunggang mereka selepas terbabas dan terjatuh dalam parit di Jalan Sulaman berhampiran lampu isyarat Indah Permai, pagi semalam. 

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an cedera di anggota badan dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) untuk rawatan lanjut. Difahamkan, mereka dalam perjalanan dari 1Borneo ke Indah Permai dan sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mereka hilang kawalan lalu terjatuh dalam parit di kiri bahu jalan.

Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terjatuh dalam parit dan seorang daripada mangsa ditindih motosikal berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Christy Foo berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.50 pagi berkenaan mangsa tersepit akibat ditindih motosikal. 

“Sebuah jentera dan kenderaan Perkhidmatan Anggota dan Penyelamat Paramedik (EMRS) bersama 11 anggota bergegas ke lokasi dan sebaik tiba seorang mangsa tersepit akibat ditindih motosikal. 

“Anggota bomba kemudian mengangkat motosikal yang menindih mangsa sebelum kedua-duanya dihantar ke HQE 2 menggunakan ambulans dan EMRS,” katanya ketika dihubungi. Menurutnya, kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vHmoqY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.