Hi! Welcome Back and Stay Tune! Satu 'Kesilapan' Besar Buat MyPPP Tanding Di Segambut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Satu 'Kesilapan' Besar Buat MyPPP Tanding Di Segambut




Presiden myPPP, Tan Sri M Kayveas sekali lagi menegaskan adalah satu ‘kesilapan’ besar untuk parti itu menerima kerusi Parlimen Segambut yang ketika ini kemenangannya hanya samar-samar.

Menurut Kayveas, tindakan menerima kerusi yang begitu sukar untuk dimenangi dan didominasi oleh DAP bukannya tindakan bijak, terutama apabila parti berada di ambang krisis.

“Saya sejak awal lagi telah menolak pelawaan kerusi Parlimen Segambut sebagai ganti Cameron Highlands. Untuk myPPP, kita tidak berikan kerusi yang banyak. Mungkin satu sahaja.

“Peluang untuk kita bertanding dan menang besar adalah di Cameron Highlands, itu juga kerana hasil kerja keras kita selama empat tahun kebelakangan ini. Jika menang, banyak lagi perkara yang myPPP boleh lakukan.

“Jika dari awal lagi kerusi Segambut diberikan kepada kita, mungkin usaha yang di taburkan di Cameron Highlands kita sudah curahkan di sini. Apa yang boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat apatah lagi seandainya itu adalah kubu kuat pihak lawan?

“Tetapi pada masa yang sama, saya tidak akan menahan atau melarang sesiapa dari myPPP untuk bertanding di Segambut dan ternyata Datuk Loga Bala berminat. Saya tidak akan berkata apa-apa lagi. Ianya terpulang, tetapi ini bukan keputusan saya atau parti,” katanya memetik laporan media semalam.

Loga Bala yang merupakan Naib Presiden myPPP menerima tawaran untuk bertanding di kerusi Parlimen Segambut menentang Penyandang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh dari DAP.

Sebelum ini, penyandangnya Lim Lip Eng yang menang besar di Segambut kini berpindah ke Kepong setelah calon veteran popular DAP, Tan Seng Giaw digugurkan.

Loga Bala yang juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu temuramah baru-baru ini berkata, sudah tiba masanya untuk masyarakat India di Kuala Lumpur mempunyai wakil di Parlimen dan tidak kisah sama ada daripada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HmGjNn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.