Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warisan Rayu Rakan Dari PPBM, PAN Tidak Bertanding Di Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warisan Rayu Rakan Dari PPBM, PAN Tidak Bertanding Di Sabah





SANDAKAN: PPBM dan Amanah diminta tidak bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rayu Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal.



Ujarnya perkara itu sudah dimaklumkan kepada pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.



Sebagai tanda berterima kasih, wakil PPBM dan Amanah akan dilantik menjadi senator atau pegawai kerajaan negeri jika parti itu berjaya membentuk kerajaan di Sabah, kata Shafie.



"Saya minta dengan Tun Mahathir, Tun jangan BERSATU (PPBM) tanding di Sabah. Saya minta tolong dengan Mohamad Sabu jangan Amanah tanding di Sabah.



"Kita boleh lantik sama ada senator atau jawatan (kerajaan negeri) yang ada. Kerusi ketua menteri ada kuasa (lakukan itu).



"Kita minta pasal kita harap kita tumbangkan BN. Yang penting kepada kita hari ini, kita susah pasal harga barang tinggi pasal kita tiada kerja," kata Shafie pada majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan (PH), di Sandakan hari ini.



Beliau menjelaskan pengorbanan mesti dibuat. Terdahulu, beliau menyatakan bagi mencapai persetujuan dengan PKR dan DAP, Warisan terpaksa melepaskan kerusi setiausaha agungnya sendiri.



Bagaimanapun, sebelum Shafie berucap, Pengerusi Amanah Sabah, Hamzah Abdullah secara terang-terangan menyatakan kekecewaan beliau dengan hasil rundingan kerusi PH Sabah dan Warisan yang tidak memperuntukkan sebarang kerusi kepada partinya.





✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HHk745

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.