Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fitbit Versa Dilancarkan Secara Rasmi – Jam Tangan Pintar Untuk Semua Pada Harga Bermula RM990 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fitbit Versa Dilancarkan Secara Rasmi – Jam Tangan Pintar Untuk Semua Pada Harga Bermula RM990

Fitbit Malaysia hari ini telah melancarkan jam tangan pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Fitbit Versa. Jam tangan ini walaupun menawarkan ciri-ciri kecergasan seperti beberapa jam Fitbit sebelum ini, namun, pihak Fitbit memasarkannya sebagai jam tangan pintar untuk semua, dan bukan untuk mereka yang aktif bersukan semata-mata.

Fitbit Versa

Fitbit Versa hadir dengan sistem operasi Fitbit OS 2.0 yang menyertakan sejumlah ciri-ciri baru, termasuk paparan pelbagai statistik terus pada pergelangan tangan tanpa perlu berhubung ke telefon seperti sebelumnya, selain sokongan khusus untuk pengguna wanita dalam menyemak kitaran haid mereka. Melalui penggunaan sistem operasi baru ini juga, pengguna boleh memasang aplikasi kegemaran daripada kedai aplikasi khusus Fitbit. Buat masa ini, terdapat sekitar lebih 550 aplikasi yang ditawarkan, termasuk ratusan pilihan muka jam berbeza.

Fitbit Versa

Pihak Fitbit juga turut menambah sekitar 15 mod latihan baru melalui jam tangan pintar Versa ini. Berbeza dengan Fitbit Ionic sebelum ini, Versa tiada integrasi GPS dan menggunakan sokongan GPS dengan dihubungkan ke telefon anda. Langkah ini sekaligus membolehkan pihak Fitbit mengurangkan harga jualannya, selain turut menjadikan masa penggunaan baterinya bertahan lama – sehingga 4 hari.

Fitbit Versa

Melalui sistem operasi Fitbit OS baru ini, ia turut memudahkan anda membalas mesej dengan pantas terus melalui jam tangan pintar berkenaan. Untuk tujuan ini, pengguna akan diperlukan menetapkan sekitar lima mesej terbina dengan hanya perlu memilih antara satu mesej berkenaan untuk dibalas kepada rakan anda.

Fitbit Versa turut hadir dengan sokongan kalis air sehingga 50 meter. Melalui storan terbina pada jam ini juga, pengguna boleh menyimpan sehingga 300 lagu padanya. Fitbit Versa hadir dengan skrin 1.34-inci dengan rekaan skrin segi empat.

Fitbit Versa

Di Malaysia, Fitbit Versa ditawarkan pada harga RM990, sementara Fitbit Versa SE (hadir dengan sokongan Fitbit Pay) akan ditawarkan pada harga RM1120.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FbVWoM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.