Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah Milton masih sanggup guna lambang ‘dacing’? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah Milton masih sanggup guna lambang ‘dacing’?

violet-suppKUCHING: Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Pending, Milton Foo digesa menjelaskan pendiriannya, selepas mempersoalkan tindakan pengerusi parti negeri, Tan Sri Adenan Satem meletakkan calon langsung BN di kerusi tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11.

Penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending daripada DAP, Violet Yong memberi tempoh 24 jam kepada Penolong Ketua Penerangan SUPP untuk menjelaskan surat terbukanya kepada Adenan, Sabtu lalu, sama ada ia pendapat peribadinya atau mewakili partinya.

“Sebelum ini, SUPP dan parti komponen lain memuji Adenan sebagai berfikiran terbuka dan Ketua Menteri terbaik. Tetapi, kini kita melihat kenyataan (mereka) yang berbeza.

“Bagaimana pula dengan (Presiden SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian? Adakah beliau dan parti akan mempertahankan pandangan Milton?

“Selepas mengecam Adenan, adakah dia (Milton) masih sanggup menerima pencalonan di bawah bendera BN atau akan menolaknya dan menggunakan logo parti sendiri?

“Saya menggesa beliau menjelaskan pendiriannya dalam masa 24 jam, kerana pilihan raya semakin hampir. Jika tidak, beliau hanya cakap kosong dan menggunakan Adenan untuk menaikkan imejnya,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Sarawak, hari ini.

Milton dalam satu kenyataan sebelum ini menyuarakan kekecewaannya terhadap tindakan Adenan meletakkan calon langsung BN di kerusi tradisi SUPP, terutamanya di DUN Pelawan dan Pujut yang disifatkan sebagai memihak kepada satu pihak, tanpa berunding dengan parti-parti komponen BN bagi mendapatkan persetujuan bersama.

Mengulas perkara sama, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mendakwa, sentimen tersebut turut dirasai ramai ahli komponen BN.

“Ramai yang tidak senang dengan tekanan Adenan terhadap parti komponen BN. Ini menunjukkan wajah sebenar Adenan.

“Jika dia boleh berbuat demikian kepada rakan sendiri, dia boleh buat juga kepada rakyat Sarawak. Ini menunjukkan lagi kita perlukan pembangkang yang kuat untuk ‘semak dan imbang’ di DUN,” katanya lagi.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qSqMw4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.