Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hishammuddin cabar Mat Sabu buktikan tuduhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hishammuddin cabar Mat Sabu buktikan tuduhan

hishamuddin-mat-sabuKUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mencabar Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu agar membuktikan dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri.

“Dalam dunia politik, mereka boleh tuduh apa. Kalau betul kita telahpun dibeli, buktikan. Kalau tiada bukti, jangan cakap,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Khidmat Pertahanan Asia di PWTC, hari ini.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata demikian bagi menjawab tuduhan Mohamad Sabu berhubung wang derma RM2.6 bilion yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mohamad Sabu yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu sebelum ini menyatakan pengakuan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir menggambarkan seolah-olah Malaysia dan perdana menteri telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai negara itu.

Justeru Mat Sabu mengakui imej hebat Malaysia selama ini terjejas dengan derma yang sekali gus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan.
Mengulas lanjut, Hishammuddin juga menyatakan beliau percaya tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada pucuk kepimpinan negara akan berubah mengikut jawapan dan musim.

“Itu semua polemik politik dan apa yang penting sekarang ialah kebenaran. Sejak dulu kagi saya konsisten bahawa walau apapun tuduhan biarlah ada pengesahan dan verifikasi dari pihak berkenaan.

” ‘Spin’ politik ini pelbagai dan tuduhan-tuduhan ini berubah mengikut musim, mengikut jawapan. Dalam hal ini, macam mana sekalipun mereka tuduh, saya secara peribadi hanya mahu melihat kehadapan,” ujarnya lagi.

Tambahnya, isu-isu seperti ini akan sentiasa dibangkit dan berubah, jadi adalah lebih baik untuk semua pihak melihat kepada perkara-perkara yang membina.

“Kalau kita hanya melayani isu-isu sebegini memang tiada kesudahan,” katanya.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XE5Sev

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.