Bomoh Cina Dan Ustaz Rebah Lepas Tengok Pontianak Dan Hantu Pocong
Bomoh Cina Dan Ustaz Rebah Lepas Tengok Pontianak Dan Hantu Pocong | Usaha menghalau makhluk halus di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 belum berhasil hari ini apabila masih kedengaran jeritan mereka yang histeria.
Wartawan dan jurugambar yang berada di pintu masuk sekolah, yang dilarang masuk, terkejut dengan jeritan dan raungan dari kawasan sekolah.
Sekolah ini dilaporkan mengambil cuti Khamis lalu untuk meredakan ketakutan pelajar setelah lebih 100 pelajar dan guru diserang histeria minggu lalu.
Sesi bacaan al-Quran dan berdoa turut diadakan tetapi apabila sekolah dibuka semula hari ini, histeria masih berlaku.
Lebih 50 pelajar dan beberapa guru diserang histeria kerana didakwa terlihat makhluk halus sejak Isnin.
Satu sumber di Jabatan Pendidikan Kelantan dipetik sebagai menyatakan sekitar 900 pelajar diarahkan mengambil cuti berikutan serangan histeria, yang menimbulkan ketakutan pelajar dan kakitangan.
Kejadian bermula apabila beberapa pelajar mendakwa terlihat “hantu pocong” di sebuah kelas kosong.
Pelajar tersebut kemudian rebah, meracau-racau dan berguling-guling di atas lantai sebelum serangan histeria itu menjangkiti pelajar lain.
Mereka sebaliknya berkumpul di satu kawasan sekolah membaca al-Quran dan berdoa.
“Kami tidak dapat belajar seperti biasa akibat kejadian ini sejak Isnin. Malah ada beberapa guru perempuan dan seorang pelajar lelaki yang turut dirasuk.
“Pelajar yang dirasuk mendakwa mereka terlihat lembaga seperti pocong dan pontianak di beberapa kawasan sekolah seperti kelas kosong serta tandas,” kata seorang pelajar tingkatan tiga.
The post Bomoh Cina Dan Ustaz Rebah Lepas Tengok Pontianak Dan Hantu Pocong appeared first on Media Sensasi.
Mukah Pages membawa cerita sensasi terkini hanya dengan Media Sensasi http://ift.tt/20Px3oB
Post a Comment