Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bahaya terlalu rapat dengan China, kata tokoh wartawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bahaya terlalu rapat dengan China, kata tokoh wartawan

KUALA LUMPUR: Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mengingatkan adalah berbahaya bagi bagi negara ini untuk menjalinkan hubungan terlalu rapat dengan  China sehingga menimbulkan rasa cemburu dan curiga negara-negara rakan perdagangan yang lain.

“Lagipun kita tidak mahu menjadi negara satelit mana-mana negara besar sama ada dalam bidang diplomatik mahupun ekonomi,” katanya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times itu berkata, beliau mengakui pentingnya perdagangan Malaysia-China. “Sejak 2009 China adalah rakan perdagangan terbesar Malaysia manakala bagi negara China pula, Malaysia adalah rakan perdagangan kelapan terbesar di dunia,” jelasnya sambil menambah, yang merisaukan ialah pemberian kontrak dan penjualan aset strategik milik negara kepada syarikat-syarikat milik kerajaan China.

Kadir berkata, beliau turut tidak  menafikan kebijaksanaan Perdana Menteri kedua kita, Tun Abdul Razak Hussein mempelopori jalinan diplomatik dengan China.

Katanya, Malaysia mendahului banyak negara di dunia apabila mengadakan perhubungan diplomatik dengan China pada tahun 1974, ketika mana negara komunis itu masih dilihat sebagai ancaman dan musuh.

“Abdul Razak pergi sendiri ke Beijing untuk tujuan itu dan pulang membawa kejayaan. Beliau menuai hasil segera daripada lawatan itu apabila pengundi Cina memberi sokongan padu kepada parti baru beliau, Barisan Nasional, dalam Pilihan Raya Umum tahun berkenaan,” ujarnya dalam kolum Sinar Harian semalam.

Sejak itu, semua Perdana Menteri jadikan kunjungan ke China sebagai agenda penting dalam jadual lawatan antarabangsa mereka. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.