Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekerja 6 jam sehari, gambarkan pekerja malas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekerja 6 jam sehari, gambarkan pekerja malas

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menyokong cadangan pengurangan waktu bekerja kepada enam jam sehari.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.

Dari segi itu, memang betul hujah Azih.  Apa yang dapat dilakukan dalam enam jam?  Negara yang hendak maju tidak harus malas.

“Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, Cuepacs membantah idea tersebut,” katanya semalam.

Idea waktu bekerja selama enam jam sehari dicadangkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Tidak pasti apa yang menyebabkan MTUC mengemukakan cadangan itu? Apa justifikasinya? Adakah ia fikir masa lapan jam bekerja terlalu lama?

Tahukah MTUC kesan dan implikasinya jika tempoh bekerja sekarang dikurangkan kepada hanya enam jam?

Jika waktu bekerja selama enam jam itu dilaksanakan,  sudah pasti ia akan menjejaskan produktiviti.   Hakikatnya, cadangan sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana kita belum lagi maju. Negara Jepun yang sudah maju pun bekerja lebih  masa.

Ia juga akan menjejaskan pekerja yang dibayar mengikut jam kerana gaji mereka menjadi lebih rendah terutama dengan kos sara hidup yang semakin mahal.

Banyak negara di Asia bekerja untuk tempoh panjang, termasuk Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan, jumlah jam seminggu lebih daripada Ameruika Syarikat.

Meskipun Jepun dan Korea Selatan dalam beberapa dekad lalu cuba menurunkan jumlah jam, bagi memastikan kualiti hidup dan kesihatan terpelihara, namun jumlah jam bekerja adalah masih tinggi.

Ada yang bekerja sehignga 60 jam seminggu. Malah, perkataan karōshi, atau ‘kematian disebabkan terlebih bekerja dicetuskan pada1993.

Jadi, sebelum keputusan diambil untuk mengurangkan jumlah jam bekerja sehari dan seminggu, lebih baik semua pihak memikirkannya secara mendalam.

Sebagai renungan, perhatikan jumlah jam bekerja setahun bagi negara-negara berikut. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.