Sharnaaz Ahmad Mengamuk Dengan Pelakon Baru..Siapakah?
Sharnaaz Ahmad Mengamuk Dengan Pelakon Baru..Siapakah?
Pelakon yang terkenal dengan suara lantang, Sharnaaz Ahmad telah membuat kenyataan tentang perangai seorang pelakon baru yang berlagak seperti seorang diva.
Sharnaaz meluahkan perasaan geramnya itu di laman sosial instagram miliknya yang mana dia mendedahkan perangai seorang pelakon baru yang sering membuat masalah di set lokasi.
Ini kenyataan Sharnaaz:
Ok ni sotong (Sharnaaz) nak story sikit.. Baru baru ni abg sotong dikejutkan dgn perangai budak pelakon baru nak up konon shemmpoii diva ..
Abg nak pesan sikit lah.. Nak masuk set org, kena hormat org, kena jaga peradaban, jaga calltime and jangan buat kepala bana ko tu macam ko tu dah menang pat belas ribu award.. Ni set awak sangat nakal jadi kacau bilau sebab ko hanat..
Takpa.. Hang masuk set aku nak jumpa hang.. Abg otong bukan apa jangan sampai abg otong kicapkan muka hang yg encem tu satgi jilake badan.. Ingat ye budak baru ni, banyak dah rakan rakan seafood abg dah berbunyi pasal ko ni..
Kalau rasa diri tu shemmmmmpoi, buktikan dgn disiplin yg tinggi macam @fashasandha dan @aydajebat bukan macam @sharnaazahmad .. Eh tu aku..!!! Jaga jaga cik salmah, abg otong tunggu di lokasi dgn penuh harapan..
Selamat malam.
Siapakah gerangan pelakon baru tersebut? Harap dapat berubahlah ye. Bak kata Sharnaaz kena jadi seperti pelakon Fasha Sandha yang terkenal dengan sikapnya yang penuh berdisplin walaupun telah popular. -PENMERAHDOTCOM
The post Sharnaaz Ahmad Mengamuk Dengan Pelakon Baru..Siapakah? appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment