iPhone 7 Plus Menerima Lebih Banyak Pra-tempahan Berbanding iPhone 7
iPhone 7 dan 7 Plus sudah mula dijual di beberapa pasaran dunia. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan dengan kesemua unit pra-tempahan habis dijual. Kepada yang mahu memiliki peranti terkini Apple ini, mereka harus menanti sehingga November sebelum stock baru dijual. Terdapat data yang menarik mengenai pola jualan iPhone 7 tahun ini.
Menurut laporan firma Slice Intelligence, iPhone 7 Plus menerima 55% tempahan berbanding 45% untuk iPhone 7. Data dikumpul dari 4.5 Juta pra-tempahan yang telah dilakukan. Penggunaan dwi-kamera dengan kemampuan zoom optikal menyumbang kepada kepopularan peranti ini. Ini adalah perkembangan yang menarik kerana sebelum ini di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah, model iPhone biasa dengan skrin 4.7″ lebih banyak terjual.
Pada waktu yang sama majoriti pengguna memilih warna hitam legap (46%) diikuti oleh hitam piano (23%), ros merah jambu (18%), emas (9%) dan akhir sekali perak (8%). Dari segi storan pula versi 128 Gigabyte paling popular dengan 67% tempahan diikuti oleh 256 Gigabyte (19%) dan 32 Gigabyte (14%).
Apakah model, warna dan saiz storan yang bakal akan pilih? Kami bakal membeli iPhone 7 Plus hitam piano dengan storan 128 Gigabyte.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cx7ohr
Post a Comment