Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lim Kit Siang cadang Selangor bubarkan DUN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lim Kit Siang cadang Selangor bubarkan DUN

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan supaya kerajaan Pakatan Harapan di Selangor  mempertimbangkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri  (DUN) lebih awal bagi mengelak  daripada  memakai peta pilihan raya baharu yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya dalam kenyataan pada Isnin,  pilihan raya negeri awal boleh menjadi pilihan, susulan cadangan persempadanan semula SPR yang menurutnya “meremuk dan menyembelih peta Selangor semata-mata  bagi mengembalikan UMNO di negeri itu”.

“Persempadanan semula yang ke-5 ini mencatat sejarah kerana menjadikan jurang pengundi lebih besar daripada sebelum ini – yang jelas bukan niat perlembagaan,” ujarnya.

Pemimpin pembangkang itu mendakwa menawan kembali Selangor merupakan antara tiga objektif persempadanan semula SPR yang diumumkan Khamis lalu itu.

Selain itu, belia berkata, tujuannya adalah untuk memberikan majoriti  dua per tiga Parlimen kepada UMNO dan memastikan kekalahan beberapa tokoh politik seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Nurul Izzah Anwar.

Cadangan SPR itu melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.

Antara kawasan terlibat termasuk Gelang Patah yang diwakili Kit Siang, yang semalam menyenaraikan 13 kawasan Parlimen dengan bilangan pengundi melebihi 100,000 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dipetik media sebagai berkata, dakwaan bahawa Syor Kajian Semula Persempadanan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN bakal memberi kelebihan kepada BN adalah tidak berasas.

Sebaliknya, menurut beliau, persempadanan semula oleh SPR  adalah mengikut lunas-lunas perlembagaan.

Menurut Azalina, syor kajian semula itu boleh dibantah oleh pihak-pihak yang dibenarkan sekiranya timbul sebarang isu selepas ia dikemukakan SPR.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz turut menolak dakwaan pembangkang, dan berkata jumlah pengundi yang ramai di kerusi bandar adalah kerana penduduk kawasan itu lebih mudah didekati.

Sebelum ini Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa, cadangan persempadanan semula Parlimen dan DUN Selangor oleh SPR menguntungkan BN bagi membolehkannya menawan semula kerusi berpotensi. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.