Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersatu Pecahkan Undi Pembangkang, BN Pada PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersatu Pecahkan Undi Pembangkang, BN Pada PRU14

Suasana pilihan raya

 

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diramal akan membawa perpecahan undi Melayu bukan sahaja pada BN, namun kesan perpecahan undi itu turut dirasai pembangkang pada PRU14 nanti.

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, kehadiran Bersatu di sisi pembangkang hanya akan menyebabkan pertambahan komponen di pihak pembangkang.

Katanya, Bersatu berkemungkinan akan mewujudkan pertandingan melebihi dua penjuru dalam merebut kerusi pada PRU14 nanti.

“Bersatu terlalu bergantung kepada undi pembangkang yang sedia ada. Ia sekaligus akan melenyapkan identiti Bersatu sebagai parti yang boleh berdikari dan berpengaruh.

“Bersatu juga perlu menentukan matlamat perjuangannya dalam pembangkang . Sekiranya mereka berada dalam kelompok pembangkang, bagaimanapun tidak dapat peruntukan kerusi untuk bertanding dalam PRU, objektifnya tidak akan tercapai,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Kata Md Shukri, Bersatu perlu mempamerkan usaha agresif dalam memenangi hati ahli parti secara total.

Katanya, dengan melengkapkan matlamat perjuangan, Bersatu akan mampu mengekalkan kesetiaan ahli terhadap parti, selain boleh menarik lebih banyak sokongan terhadap parti itu.

“Sekiranya mereka dapat bertanding pada PRU, memang berkemungkinan akan ada lonjakan undi (daripada rakyat) kepada pembangkang.

“Bagaimanapun ia hanya akan berlaku sekiranya Bersatu benar-benar pamerkan prestasi yang baik dan kepimpinan mereka diterima oleh masyarakat,” jelasnya.

Tambah Md Shukri lagi, Bersatu juga perlu mengelakkan persepsi ‘parti orang merajuk’ dengan menampilkan identiti dan kekuatannya yang tersendiri.

“Bersatu di kalangan orang muda, sambutannya cukup baik. Pengundi Bersatu kemungkinannya banyak di kawasan bandar. Di kawasan luar bandar Bersatu nampaknya kurang impak.

“Pengundi bandar ini bukan pengundi bersifat tradisi, mereka lebih melihat kepada perubahan yang dibawa oleh parti,” katanya lagi.

Kata Md Shukri lagi, Bersatu perlu mengekalkan momentum pertambahan keahlian mencecah 500,000 sekiranya mahu parti itu dihormati oleh parti politik lain di negara ini.

Menyifatkan angka tersebut sebagai angka signifikan bagi keahlian sesebuah gerakan, kata Md Shukri, ia boleh menguatkan kredibiliti parti selain mengukuhkan kestabilan parti.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2d9EOns

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.