Hi! Welcome Back and Stay Tune! Smiling Car – Kereta Panduan Automatik Yang Tersenyum Untuk Membolehkan Pejalan Kaki Melintas Jalan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Smiling Car – Kereta Panduan Automatik Yang Tersenyum Untuk Membolehkan Pejalan Kaki Melintas Jalan

Kereta panduan automatik akan menjadi sesuatu yang normal sedekad dari sekarang. Pelbagai sistem panduan automatik dibangunkan dan digunakan oleh pengeluar kenderaan. Dengan adanya sistem seperti ini, pemanduan ke tempat kerja tidak lagi mendatangkan tekanan kerana kesesakan jalan raya. Perjalanan balik kampung juga akan menjadi lebih lancar kerana tiada kenderaan diperlahankan kerana mahu melihat kemalangan yang mungkin berlaku.

Tetapi pemanduan automatik tidak 100% sempurna. Sebagai contoh ia tidak mempunyai pemandu yang boleh memberikan isyarat kepada pejalan kaki untuk melintas jalan dengan selamat. Oleh itu sistem lampu Smiling Car dibangunkan oleh Semcon. Apabila ia berhenti di lintasan zebra, lampu pada kekisi hadapan akan kelihatan seperti tersenyum dan lampu kereta berkelip. Apabila ingin bergerak semula senyuman berubah kepada garisan rata.

Menurut kajian 80% pejalan kaki akan melihat wajah pemandu kereta sebelum melintas jalan raya. Ini bagi memastikan pemandu menyedari kehadiran mereka bagi mengelakkan diri dari digilis. Dengan ketiadaan pemandu atau pemandu tidak melihat ke hadapan di dalam kereta panduan automatik, sistem lampu Smiling Car diharap akan digunakan sebagai ganti interaksi ini.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cBq5CE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.