Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pindaan Akta 355: Persatuan Hokien masih tidak faham selepas dialog dengan PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pindaan Akta 355: Persatuan Hokien masih tidak faham selepas dialog dengan PAS

KUALA LUMPUR: PAS  senantiasa bersedia dan bersikap terbuka untuk terus memberi penerangan dan berdialog dengan semua pihak, kata  Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan

“Selagi tidak faham maka marilah berbincang dan berdialog. Janganlah bertindak dan membuat penentangan terhadap Islam mahupun Pindaan Akta 355 tanpa memahami apakah kedudukannya yang sebenar kerana ia merendahkan moral dan peribadi,” katanya.

Nasrudin berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas kenyataan Presiden Persekutuan Persatuan Hokien Datuk Khoo Chai Kaa yang menegaskan bahawa beliau masih tidak memahami penjelasan yang telah diberikan dan berhasrat akan tetap meneruskan kempen sejuta tandatangan bagi membantah Pindaan Akta 355.

“Kami bagi pihak PAS, insya-Allah tidak akan pernah penat untuk terus membuka ruang dan peluang dialog serta penerangan kepada Persekutuan Persatuan Hokkien sehingga mereka benar-benar memahami isu Pindaan Akta 355 ini,” katanya.

“Jika Persekutuan Persatuan Hokien merasakan tidak cukup dan tidak faham dengan sekali pertemuan dan penerangan, maka kami tidak keberatan untuk terus memberi kefahaman kepada mereka mengenai Islam amnya dan Pindaan Akta 355 ini khasnya,” ujarnya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Persekutuan Persatuan Hokien yang sedia menerima kunjungan mahabah PAS yang diketuai oleh  Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memberi penjelasan dan penerangan mengenai isu Pindaan Akta 355 di pejabat mereka tempoh hari.

Sewajarnya kunjungan PAS ke Pejabat Persekutuan Persatuan Hokien tempoh hari diambil kesempatan sepenuhnya oleh pihak Persatuan Hokkien untuk bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog bagi memahami kedudukan sebenar isu Pindaan Akta 355.

Namun, kata beliau,  mereka tidak membuka ruang dialog dan tiada sebarang pertanyaan diajukan kepada Abdul Hadi sedangkan Presiden PAS memberi penerangan dengan bahasa yang sangat mudah dan terus kepada subjek perbincangan secara jelas.

PAS sekali lagi diketuai  Abdul Hadi  akan  memberi Penerangan Khas dan berdialog secara dua arah bagi menjelaskan isu Pindaan Akta 355 dengan pihak wartawan-wartawan akhbar cetak dan media baru yang berbahasa Cina, Tamil, Inggeris dan juga Melayu.

Majlis Penerangan Khas kepada semua wartawan tersebut dijadualkan  pada 29 September ini. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.