Ketika Ayah SIBUK Bermain PHONE. SESUATU Terjadi Kat Anaknya Di Swimming Pool !!!
Ketika Ayah SIBUK Bermain PHONE. SESUATU Terjadi Kat Anaknya Di Swimming Pool !!! | Dalam keasyikan bermain telefon bimbit, seorang bapa tidak sedar anaknya yang berusia 6 tahun mati lemas. Dalam kejadian di kolam renang hotel Grand Mercure Roxy di East Coast Road, Singapura, bapa mangsa Zacharias Alexander Karamoy sedang menggunakan telefon bimbit sambil memeriksa kedua-dua anaknya yang sedang bermain.
Bagaimanapun selepas beberapa lama dia mendapati hanya seorang anaknya sahaja yang sedang bermain di kawasan kolam air cetek manakala seorang lagi anaknya ditemui dalam keadaan lemas di kawasan air dalam.
Menurut laporan The New Paper, keluarga warga Indonesia, Zacharias dan isteri, Ni Ketut Sawitri serta 2 anak mereka, Neisha Sandra Karamoy, dan adiknya yang berusia 7 tahun tiba di Singapura untuk bercuti pada 3 April.
Ketika kejadian Ni Ketut sedang menghadiri kursus di pusat latihan SIA.
“Bapa mangsa segera terjun ke dalam air untuk menyelamatkan anaknya yang tidak bergerak. Mangsa yang tidak memakai sebarang peralatan pengapungan bagaimanapun meninggal dunia akibat mati otak dan meninggal dunia di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) 2 hari kemudian,” petik laporan itu.
Inkues koroner semalam memutuskan kematian mangsa, Neisha sebagai satu tragedi yang malang.
“Lemas boleh berlaku dengan pantas dan senyap, orang dewasa tidak boleh menggunakan peranti mudah alih semasa menyelia kanak-kanak.
“Kanak-kanak perlu menggunakan peranti pengapungan apabila memasuki air.
“Ia adalah penting untuk membantu mereka apung dan elak lemas.
“Bagaimanapun pengawasan orang dewasa adalah paling penting.”
Siasatan lanjut mendapati Neisha bersama seorang rakan barunya warga Singapura di kolam renang itu sedang bermain di bahagian cetek, 80 cm dalam.
Selepas itu, Neisha mendesak mahu berenang ke bahagian yang lebih dalam, iaitu kedalaman 1.2m di mana ketinggian Neisha hanya 1.15m tinggi.
Apabila mereka sampai pada kedalaman itu, rakannya menyedari di tidak boleh menyentuh bahagian dasar kolam cuba meminta bantuan dan diselamatkan seorang wanita yang tidak dikenali.
Namun, tiada siapa yang menyedari kelibat Neisha sehingga bapanya melihat beliau dalam keadaan lemas.
Imbasan CT mendedahkan kanak-kanak itu mengalami kerosakan otak yang teruk dan mengalami kematian otak.
Keluarga itu akhirnya bersetuju untuk menarik sokongan hidup anak perempuannya.
“Zacharias secara jelas menyatakan dia tidak memberi perhatian yang cukup terhadap (Neisha) ketika dia sedang bermain di kolam renang,” lapor inkues koroner. KREDIT TERBAKOR.
P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 3 – TERKINI… Ustaz Terkenal Tanahair KANTOI Menyumpah Orang Ramai !!!
P.S. 4 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ICELAND !!!
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!
The post Ketika Ayah SIBUK Bermain PHONE. SESUATU Terjadi Kat Anaknya Di Swimming Pool !!! appeared first on BACA VIRAL.
Penyumbang : BACA VIRAL http://ift.tt/2cVsyrq
Post a Comment