Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS: Kumpulan Cina Harus Aju Soalan Kepada Hadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS: Kumpulan Cina Harus Aju Soalan Kepada Hadi

image

 

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan kesal kerana Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia terlepas peluang untuk mendapatkan jawapan daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan cadangan pindaan kepada Akta 355.

“Sewajarnya kunjungan PAS ke Pejabat Persekutuan Persatuan Hokkien tempohari diambil kesempatan sepenuhnya oleh pihak Persatuan Hokkien untuk bertanya mahupun mengemukakan pandangan mereka serta berdialog bagi memahami kedudukan sebenar isu Pindaan Akta 355.

“Namun malang, mereka tidak membuka ruang dialog dan tiada sebarang pertanyaan diajukan kepada Abdul Hadi sedangkan presiden PAS memberi penerangan dengan bahasa yang sangat mudah dan terus kepada subjek perbincangan secara jelas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dialog antara Hadi dan Persekutuan Hokkien semalam tidak mencapai sebarang kemajuan dengan presiden persekutuan itu, Khoo Chai Kaa berikrar akan meneruskan kempen sejuta tandatangan untuk menentang usaha meminda Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Menurut pihak penganjur mereka mempunyai persefahaman bersama dengan PAS bahawa tidak akan ada sesi soal jawab pada majlis itu.

Pindaan itu akan membuka jalan bagi Kelantan melaksanakan hukum hudud, yang telah sebulat suara diluluskan di peringkat negeri tahun lalu tetapi ditangguhkan kerana halangan dalam undang-undang persekutuan.

Walaupun begitu, Nasrudin, yang juga Ahli Parlimen Temerloh, berikrar bahawa parti itu akan terus bekerjasama persekutuan Hokkien sehingga mereka memahami perkara itu.

“PAS senantiasa bersedia dan bersikap terbuka untuk terus memberi penerangan dan berdialog dengan semua pihak.

“Jika Persekutuan Persatuan Hokkien merasakan tidak cukup dan tidak faham dengan sekali pertemuan dan penerangan, maka kami tidak keberatan untuk terus memberi kefahaman kepada mereka mengenai Islam amnya dan Pindaan Akta 355 ini khasnya,” katanya.

Nasrudin bagaimanapun meminta pihak yang berkenaan supaya tidak menentang Islam mahupun Pindaan Akta 355 tanpa memahami apakah kedudukannya yang sebenar kerana ini merendahkan moral dan peribadi mereka sendiri.

PAS yang diterajui oleh Hadi, akan menganjurkan penerangan khas kepada media cetak dan media baru pada 29 September berhubung cadangan pindaan ke atas Rang Undang-Undang Persendirian Hadi yang menjadi kontroversi itu.
Sesi penerangan khas akan diadakan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Rang Undang-Undang Ahli Persendirian yang dibentangkan oleh Hadi akan dibahaskan pada sidang Parlimen Oktober ini.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2ch4xrV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.