Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mesyuarat Khas Bincang Impak Persempadanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mesyuarat Khas Bincang Impak Persempadanan

Wee Ka Siong

 

MCA akan mengadakan mesyuarat khas minggu depan untuk mengkaji secara mendalam impak berhubung kajian persempadanan semula kawasan oleh SPR terhadap parti itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, segala pandangan hasil mesyuarat khas yang bakal diadakan itu akan diserahkan kepada SPR mengikut saluran yang betul.

Katanya, tinjauan dan pandangan akar umbi akan dilihat secara mendalam memandangkan sebelum ini segala persediaan struktur organisasi dan kawasan pilihan raya berpandukan kepada sedia ada.

“Saya difahamkan, lebih 80 peratus kerusi ditandingi calon MCA terlibat dengan perubahan kajian itu.

“Kita akan memanggil mesyuarat khas minggu depan bagi membincangkan secara terperinci kesan kajian persempadanan semula itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bahagian Pasir Gudang, di sini, semalam.

Ditanya mengenai kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir Hasni Mohammad yang juga Ketua Umno Bahagian Pontian yang ingin menuntut kerusi Dun Pulai Sebatang daripada MCA kepada Umno, Ka Siong berkata, sebarang pertambahan atau pertukaran daripada apa diperuntukkan pada PRU lalu seharusnya berpandukan kepada rundingan Presiden MCA dengan Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, apa yang penting penyandang jawatan bagi kerusi yang menang diamanahkan menjalankan kerja kepada semua pengundi dengan cemerlang.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2d9Empm

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.