Penganalisis: Awas BERSIH 5 Makan Diri
Perhimpunan BERSIH 5, yang turut mendesak pengunduran perdana menteri, pada 19 November ini boleh memakan diri jika tidak kena gayanya, kata penganalisis.
Bercakap kepada South China Morning Post, Ibrahim Suffian daripada pusat tinjauan bebas Merdeka Center, menegaskan keperluan imbangan nisbah kaum dalam himpunan itu.
Katanya, jika apa yang berlaku dalam himpunan BERSIH 4, yang menyaksikan kurangnya penampilan orang Melayu dan penduduk luar bandar, imej BERSIH dan parti politik yang mendukungnya boleh terjejas.
“Himpunan yang tidak seimbang dengan sedikit penyertaan Melayu boleh membawa kepada naratif perkauman.
“Ia boleh digunakan untuk memaparkan BERSIH dan parti pembangkang sebagai sebuah gerakan bukan Melayu yang menentang kerajaan yang diwakili majoriti Melayu,” katanya.
Perkara ini, jika berlaku, boleh mengurangkan sokongan kepada pembangkang, sekali gus menaikkan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Hisommudin Bakar daripada pusat tinjauan lham Centre pula berkata rakyat Malaysia secara umumnya letih dalam politik susulan kurangnya tindakan berkaitan 1MDB.
Perkara itu, katanya, boleh menjejaskan jumlah peserta yang akan menyertainya.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cjew4Y
Post a Comment