Hi! Welcome Back and Stay Tune! Persempadanan: Beri Kelebihan Kepada Pembangkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Persempadanan: Beri Kelebihan Kepada Pembangkang

Peta Malaysia

 

Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan SPR dilihat memberi kelebihan kepada pembangkang.

Naib Pengerusi Parti Progresif Penduduk (myPPP) Perak, Mustafar Rahadi berkata, melihat kepada syor dikeluarkan oleh SPR, beberapa kawasan pembangkang memperlihatkan pertambahan dari segi jumlah pemilih, antaranya kawasan Parlimen Ipoh Barat, Taiping dan Ipoh Timor.

Beliau berkata, pertambahan pengundi di beberapa kawasan, khususnya kerusi pembangkang, pastinya memudahkan mereka mempertahankan kawasan itu.

“BN sebenarnya perlu bekerja lebih keras untuk mempertahan dan merampas kerusi dimenangi pembangkang. Komponen-komponen BN perlu meneliti syor dikeluarkan SPR itu dan membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi PRU14.

“Semua komponen tidak boleh selesa dengan kemenangan PRU13 sebelum ini kerana persempadanan semula yang dibuat bukan jaminan kemenangan untuk PRU akan datang,” katanya.

Mustafar memberitahu, myPPP telah meneliti syor itu bagi melihat peluang untuk BN merampas kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang sebelum ini.

Beliau berkata, peluang untuk memenangi kawasan yang dikuasai pembangkang memang ada tetapi BN perlu bekerja lebih keras.

“Sekarang bukan masa untuk main-main.

“Semua komponen perlu mainkan peranan di kawasan masing-masing,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2d9EEwa

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.