Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis tahan 2  orang, hina Islam berkaitan kematian Haron Din - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis tahan 2  orang, hina Islam berkaitan kematian Haron Din

KUALA LUMPUR: Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan dua individu di dua tempat berasingan kerana menghina agama Islam berkaitan kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menerusi laman facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian menerusi laman Facebook rasmi Ketua Polis Negara, pagi ini.

“Syabas JSJK @PDRMsia tangkap 2 orang, seorang di Ipoh dan seorang di Shah Alam kerana buat posting dalam Facebook menghina agama Islam berkaitan kematian Dato’ Dr. Haron Din,” kata beliau menerusi Facebook.

Haron  kembali ke rahmatullah jam 10.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat lalu.

Beliau dimasukkan ke Hospital Stanford University, San Francisco kerana masalah komplikasi jantung.

Jenazah Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, Livermore, California, Amerika Syarikat selepas solat Jumaat waktu tempatan. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.