Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebilangan iPhone 7 Mengeluarkan Bunyi Desiran Aneh Ketika Digunakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebilangan iPhone 7 Mengeluarkan Bunyi Desiran Aneh Ketika Digunakan

Tidak seperti PC, peranti pintar tidak dilengkapi sistem kipas untuk menyejukkan komponen dalaman. Sistem penyejukan cecair digunakan pada beberapa peranti bagi menyelesaikan masalah pemanasan. iPhone 7/ 7 Plus tidak dilengkapi sistem penyejuk aktif dan menggunakan kerangka aluminium untuk menyebarkan haba dari pemproses. Beberapa pengguna iPhone 7 / 7 Plus melaporkan bunyi desiran aneh apabila menggunakan aplikasi yang memerlukan kuasa memproses yang tinggi.

Seperti yang dapat didengari dari video di atas, bunyi yang dikeluarkan adalah aneh untuk dikeluarkan oleh sebuah peranti elektronik. Sekali dengar ia seakan bunyi cecair yang sedang menggelegak. Selepas insiden Note 7, bunyi desiran ini merisaukan pemilik peranti terkini Apple ini. Pemilik yang menghubungi Apple Care disarankan supaya memulangkan peranti dengan segera tetapi tiada peranti gantian diberikan kerana kehabisan stock. Sejauh manakah fenomena desiran ini berlaku tidak diketahui. Maklum balas rasmi dari Apple masih belum dikeluarkan ketika artikel masih ditulis.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2cVgNkK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.