Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bersama Kembalikan Kegemilangan Pantai Cherating - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bersama Kembalikan Kegemilangan Pantai Cherating

Spread the love

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang memohon penggiat industri pelancongan bekerjasama dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan Pantai Cherating di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata Pantai Cherating pernah menjadi sebutan ramai sebagai sebuah destinasi pelancongan, namun akhir-akhir ini agak ‘terkebelakang’ daripada pantai lain.

“Kita tidak boleh lagi kekal di takuk lama…sudah sampai masanya untuk kita memikirkan penyelesaian luar kotak untuk bersama-sama membawa Pantai Cherating ke peringkat seterusnya supaya dapat bersaing dengan destinasi lain.

“Antara yang boleh dilakukan ialah sesi dialog, bengkel dan juga kerjasama berterusan dengan pemain industri supaya buah fikiran mereka boleh kita pertimbangkan dalam mencari penyelesaian yang kita mahukan,” katanya.

Mohd Sharkar berkata demikian semasa berucap pada Majlis Dialog dan Makan Malam Bersama Penggiat Industri Pelancongan anjuran Persatuan Hotel Budget Malaysia Negeri Pahang di sini, semalam.

Beliau menambah tahun ini merupakan ‘masa yang paling sesuai’ untuk mengembalikan kegemilangan Pantai Cherating selari dengan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017 (TMP2017) yang menyasarkan kehadiran 15 juta pelancong.

“Kita telah berbelanja besar dalam menjayakan TMP2017 termasuk mengadakan kempen dan promosi. Sudah pasti kita tidak mahu pelancong yang datang ke sini berasa hampa jika tempat ini tidak seperti yang mereka bayangkan,” katanya.

Mohd Sharkar menyifatkan usaha menaikkan taraf Pantai Cherating adalah perlu memandangkan pelan pembangunan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) pada masa hadapan bakal menyaksikan kewujudan sebuah stesen berhampiran destinasi pelancongan itu.

“Stesen ini akan memberi nilai tambah kepada Pantai Cherating dan membawa perkembangan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Oleh itu, penting untuk kita mengembalikan kegemilangan Pantai Cherating sebelum projek ECRL berjalan supaya pembangunan itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kTn9CD

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.