Gol ke-100 Walcott musnahkan impian Sutton United
THEO Walcott (tengah) meraikan jaringan gol kedua dengan Lucas Perez (kiri) dan Gabriel Paulista.- Foto Reuters
LONDON: Theo Walcott menjaringkan gol ke-100 dirinya untuk Arsenal ketika membantu skuad kendalian Arsene Wenger menamatkan impian Piala FA kelab bukan liga, Sutton United dengan kemenangan 2-0, awal pagi tadi.
Penyerang England itu menambah jaringan pembukaan Lucas Perez untuk mengembalikan rentak kemenangan Arsenal selepas dibelasah 5-1 oleh Bayern Munich minggu lalu, dan bakal bertemu satu lagi pasukan bukan liga, Lincoln City pada saingan suku akhir.
Namun kemenangan tipis itu tidak menggambarkan jurang sebenar antara kedua-dua pasukan – 105 anak tangga – di mana Sutton kini di tangga ke-17 divisyen lima Liga Nasional.
Kelab selatan London itu menaruh harapan tinggi untuk mengulangi kemenangan tahun 1989 ke atas Coventry City, juara Piala FA 19 bulan sebelum itu, tetapi kekalahan kepada Arsenal pada pusingan kelima sulung mereka di kejohanan itu masih boleh dibanggakan.
Arsenal beberapa kali diuji di atas padang tiruan Gander Green Lane yang memuatkan 5,000 penonton itu, dengan percubaan Roarie Deacon – yang memulakan kariernya bersama Arsenal – hampir menjelmakan gol tetapi terkena palang.
Masa depan Wenger akan terus dipersoalkan tetapi buat sementara waktu, impiannya untuk merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ketujuh masih di landasan tepat. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lAmvOB✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment