Hi! Welcome Back and Stay Tune! Industri Getah Bukan Industri Malap – Siew Keong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Industri Getah Bukan Industri Malap – Siew Keong

KLANG: Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan bagi produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi dari pelbagai negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi yang digunakan terutamanya dalam bidang kejuruteraan gempa bumi dan getaran.

Mah berkata pengeluar Malaysia telah membekalkan galas getah seismik ke negara-negara yang mempunyai aktiviti seismik yang tinggi seperti New Zealand, Iran, Indonesia, Turki dan China.

“Produk getah kita bertaraf dunia. Oleh itu, industri getah sudah tentu bukan industri yang malap,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Doshin Rubber Products (M) Sdn Bhd di sini pada Isnin.

Mah berkata produk hiliran getah di Malaysia akan menjadi sebahagian daripada Transformasi Nasional 2050 ke arah mengeluarkan produk dengan nilai tambah yang tinggi dan berteknologi tinggi.

Beliau turut memuji Doshin, antara pengeluar produk getah terbesar bagi tujuan kejuruteraan, yang bukan sahaja mengeluarkan galas berstruktur, tetapi juga menjadi penggiat utama dalam industri penebat getaran dan perlindungan daripada gempa bumi.

Mah berkata eksport galas berstruktur, yang dikategorikan sebagai produk teknikal dalam sektor barangan getah industri dan am, mencatat peningkatan yang ketara dalam beberapa tahun ini.

Beliau berkata eksport galas berstruktur Malaysia meningkat sebanyak 36.2 peratus kepada RM14.14 juta pada 2016 berbanding RM10.38 juta pada 2015.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kSN7Xa

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.