Hi! Welcome Back and Stay Tune! Leicester dakwa penyokong Millwall ganas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Leicester dakwa penyokong Millwall ganas

PEMAIN Liecester City (kanan) kelihatan kecewa manakala peminat Millwall menyerbu padang selepas perlawanan pada Ahad lalu. – Foto Reuters

LONDON: Millwall berkemungkinan berdepan denda ratusan ribu pound apabila Leicester City mengemukakan aduan kepada FA mengenai kekasaran dan ugutan yang diterima penyokong, staf dan pemain mereka.

Kemenangan kelab Liga Satu, Millwall ke atas penyandang juara Liga Perdana Inggeris dalam aksi pusingan kelima Piala FA Sabtu lalu itu, dicemari kekecohan penyokong di The Den dan berakhir dengan ribuan penonton tuan rumah menyerbu masuk ke kawasan padang.

FA bakal menyiasat kes berkenaan selepas pihak polis diarah campur tangan apabila sekumpulan penyokong Millwall cuba mendekati penyokong pelawat di kawasan tempat duduk selatan selain terdapat beberapa insiden berbalas balingan objek kedua-dua pihak.

Difahamkan, Leicester menegaskan yang pemain mereka diludah dan didera ketika turun dari bas pasukan dan pada sesi pemanas badan.

Selain itu, sebuah pengangkutan penyokong Foxes dikatakan turut dipecahkan cermin.

Semalam, Millwall pantas bertindak balas dengan memotong harga tiket untuk perlawanan Liga Satu menentang Chesterfield sebagai tanda ‘terima kasih’ di atas tindakan penyokong mereka, Sabtu lalu.

Pengurus Neil Harris berkata: “Ia idea yang hebat. Atmosfera sangat luar biasa dan membantu kami untuk mendapatkan keputusan yang bagus.” – Agensi

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFB6sA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.