Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Obes Pijak Kanak-Kanak Hingga Maut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Obes Pijak Kanak-Kanak Hingga Maut

Spread the love

HANYA dengan sebelah kaki, seorang lelaki seberat 100kg telah menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dengan memijak perut budak berkenaan.

Lelaki berusia 22 tahun itu, yang tidak dinamakan, mengaku berbuat demikian di mahkamah ketika kanak-kanak malang itu sedang bermain di atas lantai.

Sebelum itu, dia hanya memberitahu ibu kanak-kanak terbabit bahawa anaknya itu mengalami sakit perut.

Pengakuan bersalah itu dibuat di depan hakim di mahkamah tinggi Victoria selepas dia didakwa membunuh. Menurut laporan forensik, kanak-kanak berkenaan menjadi pucat dan lemah serta meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian.

Lelaki itu hanya tampil mengaku salah selepas tujuh bulan kematian kanak-kanak terbabit kerana rasa bersalah dan bimbang kesan yang bakal diterimanya kelak.

Ketika perbicaraan diadakan, ibu kanak-kanak tersebut beberapa kali menangis ketika gambar kejadian itu ditayangkan di mahkamah.

“Saya telah ditipu selama tujuh bulan sebelum mengetahui kejadian sebenar dan saya tidak lagi percaya kepada sesiapapun selepas dikhianati,’’ kata ibu kanak-kanak terbabit dalam satu kenyataan.

Hukuman ke atas lelaki itu akan ditentukan pada 24 Februari ini. – Mynewshub.cc

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lFuNVA

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.