Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemain tetap sokong Enrique – Pique - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemain tetap sokong Enrique – Pique

Gerard Pique

BARCELONA: Biarpun berdepan tekanan, jurulatih Barcelona, Luis Enrique tetap mendapat sokongan penuh daripada pemainnya, kata pertahanan tengah berpengaruh, Gerard Pique.

Pique mengecam tindakan penyokong yang mencemuh pasukan ketika mereka sekadar menang tipis liga 2-1 ke atas Leganes, kelmarin selain tewas 0-4 dalam aksi pertama 16 terbaik Liga Juara-Juara di tangan Paris Saint-Germain (PSG), minggu lalu.

“Semua pemain berada di belakang jurulatih,” kata Pique. “Apabila penyokong datang ke stadium, kami mahukan sokongan mereka.

“Kadangkala kami dapat mencapai apa yang diinginkan dan ada kalanya tidak. Namun ini adalah jurulatih yang sama ketika membantu kami meraih (kejayaan) treble,” kata Pique yang mengingatkan penyokong mengenai kemampuan Enrique.

Ketika penampilan pertamanya bersama Barcelona pada tahun 2015, Enrique berjaya menjuarai Liga Juara-Juara, La Liga dan Copa del Rey.

Luis Enrique

Jurulatih terkini itu mengambilalih tugas selepas era penguasaan Pep Guardiola yang diikuti beberapa siri kejayaan oleh Tito Villanova yang menjuarai gelaran liga dan Gerardo Martino.

Pique yang pernah mengecap kejayaan di Piala Dunia dan Kejohanan Eropah, bagaimanapun mengakui prestasi Barcelona sedikit menurun sejak kebelakangan ini.

“Kami seperti orang asing, tidak mampu mengawal posisi tetapi percayalah yang kami adalah yang paling kecewa.

“Saya berjanji yang kami akan melakukan apa saja untuk mengubah situasi itu,” kata pemain berusia 30 tahun itu. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6c4Qy

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.