Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penunggang Basikal Perlu Patuhi Garis Panduan Ketika Di Jalan Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penunggang Basikal Perlu Patuhi Garis Panduan Ketika Di Jalan Raya

KOTA BHARU: Penunggang basikal perlu meningkatkan kesedaran dan peka mengenai aspek keselamatan serta peraturan jalan raya bagi menggelak berulangnya tragedi sekumpulan remaja maut dirempuh kereta di Johor Bahru, Sabtu lepas.

Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata kesedaran tersebut penting ketika sukan itu kini kian diminati pelbagai peringkat umur di Kelantan hingga banyak kelab ditubuhkan.

“Mereka perlu sentiasa mementingkan aspek keselamatan seperti memakai topi keledar, pakaian cerah dan mengambil kira faktor masa serta lokasi apabila melakukan aktiviti itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini,pada Isnin.

Beliau mengulas kejadian lapan remaja lelaki maut apabila mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, ketika berbasikal pada pukul 3 pagi.

Dr Mohd Fared berkata bagi mengelakkan tragedi itu berlaku di Kelantan, kerajaan negeri wajar menyediakan lokasi khusus untuk orang ramai berbasikal bagi menggelakkan jalan raya utama digunakan untuk aktiviti riadah secara berkumpulan.

“Tidak adil sekiranya aktiviti berbasikal dihukum kerana ia turut menyumbang kepada langkah mengatasi golongan belia daripada melakukan aktiviti tidak sihat seperti lumba haram motosikal dan sebagainya,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mgajzB

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.