City Gagal Elak Badi Jumpa Liverpool
MANCHESTER City kecewa tersingkir daripada saingan Liga Juara Juara. – Foto AFP
MANCHESTER: Manchester City yang kecewa tersingkir daripada saingan Liga Juara Juara hanya sekadar meraih satu mata apabila seri 1-1 dengan Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, sebentar tadi.
James Milner yang kerap diejek penyokong tuan rumah menjaringkan gol pertama perlawanan untuk Liverpool menerusi sepakan penalti pada minit ke-50 perlawanan.
Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas Sado Mane dijatuhkan Otamendi.
Firmino yang mendapat peluang pada minit ke-60 juga gagal menyudahkan lorongan cantik Cautinho walaupun hanya berdepan Caballero.
Sergie Aguero kemudiannya menyamakan kedudukan buat City apabila menjaringkan gol pada minit ke-70.
City berpeluang berada di depan lima minit kemudian tetapi percubaan De Bruyne terkena tiang gol.
Lallana yang menerima hantaran satu dua dengan Firmino juga gagal menewaskan Caballero pada minit ke-79.
Ketika perlawanan berbaki sembilan minit, Aguero yang berjaya menewaskan Mignolet, hanya menyaksikan percubaannya melepasi tiang gol ketika gawang Liverpool sudah terbuka luas.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n4wgon✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment