Ledakan Mbappe Terus Pacu Monaco
PEMAIN pertahanan Perancis Caen Damien Da Silva (kiri) bersaing dengan penyerang Perancis, Monaco Kylian Mbappe Lottin semasa perlawanan L1 bola sepak Perancis antara Caen dan Monaco. – Foto Reuters
PARIS: Penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe digambarkan sebagai ‘fenomena’ selepas membantu Monaco meraih kemenangan 3-0 ke atas Caen sekali gus membenarkan pendahulu Ligue 1 itu kekal tiga mata di atas Paris Saint-Germain (PSG).
Monaco kini mengumpul 71 mata berbaki lapan perlawanan namun PSG juga tidak mudah mengalah apabila juara empat kali itu turut menang 2-1 menewaskan Lyon.
Satu lagi pencabar, Nice terus tercicir dengan mengumpul 64 mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 melawan ng Nantes semalam, yang menyaksikan mereka kini ketinggalan empat mata di belakang PSG.
Empat hari selepas menyingkirkan Manchester City dalam kempen Liga Juara-Juara, Mbappe yang meledak gol dalam dua aksi timbal balik bertemu City terus mengganas di pentas domestik.
Jurulatih Caen, Patrice Garande mengakui Monaco beraksi dengan lebih baik di setiap posisi berbanding pasukannya namun memberikan pujian istimewa terhadap Mbappe.
“Mereka memiliki penyerang yang benar-benar fenomena di bahagian depan, dia membunuh kami dengan caranya tersendiri,” kata Garande.
“Kami memang mengetahui ia akan menjadi petang yang sukar. Kami memang layak untuk tewas kepada pasukan yang benar-benar hebat.”
Mbappe, 18, membuka tirai jaringan pada minit ke-13 sebelum menghadiahkan penalti yang disempurnakan Fabinho pada minit ke-49 untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Dia yang dipanggil buat kali pertama dalam skuad kebangsaan Perancis meledak gol kedua peribadinya yang juga jaringan ke-87 Monaco pada musim ini.
Monaco selepas ini dijadual menentang PSG di Stade de France bagi aksi Piala Liga pada 1 April.
AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nHSVFr✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment